Thursday, 15 September 2011

Khas Buat Para Gadis: Wahai gadis sezamanku...

Tempoh hari, sedang aku bercanda ria dan berpoya-poya di Twitter, aku menemukan tweet seorang manusia, dia adalah pria. Tua pada aku tapi jika menuntut di sekolah, tingkatan pasti sama aja ngga' ada bedanya.

Pria ini mungkin pria pujaan gadis. Karena lagaknya culun aja, ganteng mukanya pokoknya seperti 'perfect'lah orang putih bilang.

Maka aku ngelihat keluhannya, bisa-bisa aja masalah cinta. Lagi-lagi cinta. Ngga' ada yang lain. Padahal aku ngelihat dia paling tidak mendekati cinta. Bagaimana ya aku bisa bilang begitu?
------------------------------------------------------------------------------------
Gadis sekarang menakutkan. Gadis sekarang boleh jadi merimaskan. Gadis sekarang pendek kata sudah tidak seperti gadis-gadis dahulu. Bukan nak kata bahawa gadis dahulu semuanya baik sahaja tak ada yang jahat, bukan begitu. Cuma tahap keberanian gadis hari ini pada aku, terlalu berlebihan.

Kadang-kadang, belum kenal betul, tak kawan pun dengan pria ni, tapi dah nak 'tackle'. Nak 'couple' dengan dia. Aku macam "what the ...?" 

Gadis sekarang, tak keterlaluan kalau aku katakan perigi yang terlalu mencari timba. Aku jadi takut. Aku segolongan umur dengan mereka, lalu aku jadi takut. Aku jadi malu. Aku jadi tidak mengerti ke mana lagi harus ku letak muka apakala melihat rakan-rakan gadisku 'beraksi'.

Wahai gadis-gadis muda seumurku,
Entri ini bukan untuk mengutukmu.
Kerana aku juga seorang gadis,
Aku tidak ingin melihat semua ini berterusan.

Hari ini...
Gadis yang lebih berani meluah cinta,
Gadis yang lebih berani mengatur kata-kata.

Tetapi mengapa kamu terburu-buru?
Tidakkah kamu percaya kepada jodohmu?
Ia telah ditentukan Tuhanmu...

Memanglah tidak salah untuk kita mencari jodoh...
Tetapi jangan sampai nampak sangat terhegeh dan gopoh 
*hah kan dah keluar kata-kata terus terang dan angkuh*

Tak manis sayang...
Mana menghilang rasa malumu?
Mana menghilang ketertinggian dirimu?

Ibarat cerita sebiji epal...
Apabila tidak dipetik, dia menjadi risau...
Lantas menjatuhkan dirinya ke tanah, berharap untuk diambil...
Tetapi lumrah hidup, siapa sahaja mahu mengutip buah yang sudah gugur entah bila...

Seperti juga kamu wahai gadis-gadis sezamanku...
Berpacaran itu bukan kewajipan...
Maka mengapa jika tiada pria memujukmu berpacaran kamu menjadi risau?
Lantas menjatuhkan dirimu untuk dikutip mereka?
Astaghfirullahal'azim...

Harga dirimu begitu tinggi, sayang...
Apabila kamu bermanja-manja, kamu merendahkannya, sayang...
Apabila kamu sentiasa cuba dekat dengan pria idamanmu, SMS tanpa henti, menelefon,
Seakan mengejar dia...
Sedarkah kamu???
Bahawa dia seakan lari darimu, sayang...

Dan jikalau dia tetap melayanimu...
Tahukah kamu apa di dalam fikirannya?
Sungguhpun aku juga tidak mengetahui...
Tetapi, kerana kamu mendapatkannya dengan cara yang sebegitu...
Maka kamu harus juga risau seandainya...
Tiba-tiba dia beralih arah
Kepada gadis yang dicintainya...
Gadis yang digilainya...
Dan gadis yang menambat hatinya tanpa perlu mencari perhatiannya...
Tanpa perlu memurahkan harga diri...
Tanpa perlu bermanja-manja, canda dan madah cinta...

Saat itu, apakah perasaanmu?
Sesal?
Sudah tidak berguna.
Mungkin kamu terfikir, "alah dah takde jodoh"
Habis tu yang kau dulu terkejar-kejar sangat tu kenapa?

Wahai gadis-gadis sezamanku...
Mencari jodoh itu tidak salah...
Tetapi janganlah hidupmu berpaksikan itu...
Karena kamu bisa aja hilang malu...
Sedangkan agamamu begitu menganjurkan perasaan itu...
------------------------------------------------------------------------------------
Jadi, apakah kena-mengena puisi nasihat aku yang panjang lebar tadi dengan cerita pria pada awal entri?

Sang pria ini tidak sanggup untuk memujuk hati gadis pujaannya.
Sebaliknya dia memilih untuk menunggu sahaja.
Kemungkinan gadis itu akan datang terpujuk seperti sediakala.

Wahai gadis-gadis...
Nampak tak?
Dia tetap mempertahankan EGOnya kerana gadis hari ini,
Seperti yang aku sudah bilang,
Pasti akan datang kepada pria pujaannya.

Sang pria sudah tidak perlu bersusah payah menambat hati.
Belum petik jari gadis sudah tiba di sisi.
Tidakkah kamu mengerti?

Pria begini, jadi PERIA atau petola lagi bagus. 
Mungkin aku kedengaran terlalu tradisional tetapi pada aku itulah yang terbaik.
Mungkin juga aku silap, kerana aku juga tidak sempurna.
Tapi aku teringinlah berkongsi dengan kamu perasaanku, mungkin kamu tidak pernah terdetik terfikir seperti aku.
Kerana aku sayangkan kamu wahai gadis-gadis sezamanku...


No comments:

Post a Comment