Sunday, 18 September 2011

Pulanglah...

Sekarang jam 11.02.
Aku dalam usaha memujuk rakanku untuk kembali menghabiskan pengajian kami bersama-sama.
Aku sudah mengenali dia sejak Minggu Mesra Siswa UiTM sesi Jun 2009 lagi.

Dia memang budak Masscomm sejati.
Memang penuh dengan kemahiran.
Suntingan video, foto, kemahiran komunikasi, kemahiran bertulis.
Penampilan bersahaja. Sentiasa ramah dan mesra.

Tapi tak baik aku memaksa dia.
Cuma aku tak mahu ianya tergendala.
Kami masuk bersama-sama.
Nak grad sedewan di hari muka.

Bila jadi begini...
Apakah yang melanda hati?
Tentulah keharuan dalam diri...
Berharap kamu kembali...

Walau keputusan itu dalam tanganmu,
Sebagai sahabatmu aku tetap menunggu,
Aku berharap sungguhpun tahu,
Engkau kan tetap dengan pilihanmu,
Jikalau engkau terasa mahu,
kembali ke fakulti kami mangalu-alu.

*Macam mana MAD tanpa kau Salma? Kau salah seorang yang mendoakan kejayaan aku. Kau yang dorong aku kekalkan CGPA yang baik. Aku tunggu kau Salma...*

Malam Watikah Pelantikan Mac 2010 - Dari kiri Salma, Ain, gwe ;'(

No comments:

Post a Comment