Monday, 15 August 2011

Kenangan Ramadhan #4: Last Minute Plan :)


Ramadhan 2010, ada 2 peristiwa yang tidak akan aku lupa sampai bila-bila. Satu peristiwa girang dan satu peristiwa kehilangan. Hari ini aku nak cerita tentang peristiwa giranglah ya? Sebab bila aku teringat ni mesti aku rasa macam

"wow, gila bestlah masa tu, tak sangka"

Jom kita mula.

Bulan Ramadhan tahun lepas berlalu sepanjang tempoh kuliah waktu aku dalam semester 3. Pada masa ni, aku ada 2 orang rakan sebilik yang terlalu best, seorang namanya Kak Moon dan seorang kita panggil Cik D sajalah. Sepanjang Ramadhan tu kami bertiga sahaja yang menghuni bilik Melati berkapasiti 4 orang tu sebab yang lagi seorang tak masuk lagi, lepas raya baru dia masuk katanya.

Maka pada satu hujung minggu ni aku kembali ke Melati pada petang hari Ahad. Haa ni dah pelik dah, sebab selalunya aku akan kembali ke Melati dari rumah pada hari Isnin betul-betul sebelum kelas Isnin bermula, hohohoh! Entah apa yang merasuk aku hari tu aku memang dah lupa lah. Petang Ahad tu, dalam selepas pukul 6.30 petang. Setibanya aku kat bilik, diorang pun pelik juga, maklumlah macam buang tebiat kan sampai awal sangat.

Sedang aku menggantung-gantung pakaian dalam almari, tiba-tiba Kak Moon bersuara

"Apa kata hari ni kita buka puasa kat luar"

Aku: Jom

"Eh betul ke ni?"

Aku: Iya...jom lah kita pegi tunggu bas sekarang, makan kat seksyen 2.

Aku terus siap dengan jaket biru dan tudung sarung berbunga-bunga biru. Cik D relax je sebab Kak Moon yang macam tak percaya tu masih tak siap lagi. Cik D kata

"D pakai jaket tu je, Kak Moon la yang tak siap lagi"

Maka setelah kami semua bersiap, jam dah dekat nak 6.50 petang. Buka puasa awal pukul 7, memang terbaik sungguh. Aku siap bawa sebungkus kurma+kismis yang Mama baru bekalkan dari rumah tadi. Kut lah tiba-tiba azan dalam bas~

Sesampainya kami di perhentian bas seksyen 2 Shah Alam, azan pun berkumandang~ Aku, Kak Moon dan Cik D teruslah pergi mencari tempat kosong kat perhentian bas untuk duduk makan kurma dan kismis yang aku bawa.

Jalan, jalan dan jalan. Pusing kepala kiri kanan medan selera seksyen 2 penuh gila. Ani Sup Utara penuh gila, siap ada meja reserve tapi orangnya tak ada, grrr. Nak makan KFC bosan pula. Lalu kami pun pergi ke restoran dekat sebelah-sebelah Ani Sup Utara tu, ala aku lupa la apa nama restoran tu, Hijjaz ke Hijrah ke apa benda entah.

Agak penuh la juga restoran ni, tapi setelah dicari-cari tempat, dapatlah kitorang duduk kat satu meja ni yang masih kosong tapi bercantum lah pula dengan meja yang ada sepasang pakwe makwe ni. Haha, mesti bengang je dah best-best nak buka berdua adalah pulak 3 minah menyibuk nak makan kat sebelah. Tapi peduli apa, boleh jadi mata-mata Jabatan Agama tak gitu? XD

Bila tengok menu pun masalah lagi, tak tahu apa nak order. Belek menu bukan main lama, dalam kepala tak decide nak makan apa dari awal. Kata orang restoran tu, kalau nak makanan goreng-goreng kena tunggu lama, paling cepat Nasi Ayam. Huh, patutlah meja sebelah-sebelah semua pakat Nasi Ayam je. Akhirnya

"Makan?"

Aku : Bagi saya Nasi Goreng Seafood

Kak Moon: Ah, bagi 2 Nasi Goreng Seafood

Aku : Saya punya tambah telur mata

Cik D : D pun nak Nasi Goreng Seafood lah

"3 Nasi Goreng Seafood, 1 tambah telur mata?"

Kak Moon: Eh nak tambah telur jugalah macam best je

Cik D : Nak sup sekali eh (Cik D ni ialah penggemar sup sejati)

"Minum?"

Aku : Bandung 

Kak Moon: Bandung Cincau

Cik D : Fresh oren

Agak lama kemudian, makanan yang dipesan pun tiba~

Sedap jugalah rasanya. Kak Moon siap tambah cili kicap. Sup Cik D pula rasa ala-ala sabun so memang tak habis makanlah supnya. Keseluruhannya sedaplah makanannya. Minumannya pun, bak kata orang Cina bertutur Mandarin "hen haohe".

Setelah selesai, kami pun pulang ke Melati. Masing-masing rasa puas hati, sebab memang dah pernah bincang-bincang sebelum ni bila agaknya dapat berbuka bersama. Bila dah rancang hari Rabu, aku ada kelas Animation Technique dari petang sampai malam. Bila rancang hari Khamis ada pula halangan lain. Bila tak dirancang seperti hari ini, aktiviti tetap berjalan dengan lancar. Lagi seronok tu ialah sebab bila tak dirancang macam ni, masing-masing rasa super-excited dan macam tak percaya.

Apa pun, aku rindu sangat waktu tu. Mereka boleh dikatakan rakan sebilik ter-best yang pernah aku ada. Tapi jangan salah sangka, rakan sebilik semester lain pun best juga tau, tapi markah ini yang paling tinggi ok? :)

No comments:

Post a Comment