Friday, 5 August 2011

Kenangan Ramadhan #3: Pengat Pisang

*Cerita hari ni cuma setakat yang aku ingat, mungkin tak berapa tepat sebab aku tak betul-betul ingat setiap perincian peristiwa ni. Tapi secara keseluruhannya macam ni lah*


(gambar cilok, sorii owner)


Tahun 2003 tak silap aku, ada satu hari di mana aku rasa macam betul-betul teruk gila. Kisahnya macam ni. Dulu rumah nenek aku ada pokok pisang, maka selalulah keluarga aku dibekalkan pisang bila masa dia berbuah. Pisang ni apa bangsa pun aku tak tau, sebab dia gemuk gila dan ada biji kat dalam. Mak aku selalu buat rebus tapi aku lagi suka makan mentah macam itu aje. 


Maka satu hari dalam bulan Ramadhan ni, rumah kami dibekalkan pisang lagi. Mama kerja waktu ni jadi tak ada masa sangat nak uruskan pisang ni masa hari bekerja. Memandangkan Baba tak kerja dan duduk di rumah, beliaulah yang selalu excited nak masak apa untuk berbuka nanti.


Baba aku memang pandai masak. Tapi satu yang paling boleh kenal masakan dia, barang mesti banyak, presentation mesti nak lawa. Agak sempurnalah gayanya. Jadi bila dah nampak pisang ni depan mata, Baba pun berhasrat nak buat pengat pisang. 


Aku masa tu bukan gemar sangat dengan pingat pisang, rasa macam bosan gila. Tapi aku turut excited jugalah bila tengok Baba excited dok masak. Pengat pisang yang Baba masak tak taruk gula merah, maka warnanya pun putih aje, nampak betullah warna kuning pisang kat dalam kuah santan tu. 


Bila berbuka aku makan sikit je, langsung tak tambah. Pada lidah aku biasa je, malas nak makanlah, tak seleralah warna putih je, inilah itulah macam-macam. Dulu kalau aku tak minat aku memang tak makan, jujurlah konon. Tapi yang peliknya kalau maklong kasi pengat pisang yang rupa tipikal warna coklat sebab letak gula merah tu, laju jugalah aku makan walaupun masih kurang minat.


Ahli keluarga aku yang lain pun tak berapa nak makan sangat pengat yang Baba buat tu. Tapi masa tu aku tak rasa apa-apa pun. 


Keesokannya bila nak siap-siapkan makanan buka, Baba tengok dalam periuk tu pengat pisang dah basi, banyak lagi bakinya sebab orang tak makan sangat. Aku bilang "sorry" aku tak makan banyak, Baba kata takpe. Baba memang tak pernah salahkan orang ataupun merungut kalau benda macam ni jadi. Pada beliau dah takde rezeki, beliau memang takkan ungkit-ungkit lain kali tak mau buat lagi ataupun semua orang teruk sebab tak makan. Maka pengat lebih tu pun dibuang.


Kemudian malam tu ke hari lain aku tak berapa ingat, aku masih tak lepas hati memikirkan pengat pisang Baba yang terbuang tu. Sebenarnya pengat tu bukanlah tak sedap, aku je yang gedik tak suka makan bagai. Pastu aku datang kat Baba, aku kata;


"Baba, nanti puasa tahun depan boleh Baba buat lagi pengat pisang macam hari tu? Nana nak makan." (aku nangis ke tak ntah maklumlah dulu bila rasa bersalah je dah nangis ehehe)


"Okey-okey nanti Baba buat."


Tapi bila tiba puasa tahun depan, Baba dah tak ada lagi. Beliau sudah kembali ke rahmatullah. Baba 'pergi' bulan Syaaban, tak berkesempatan nak melalui Ramadhan 1425H, bulan yang memang beliau tunggu-tunggu. 


Tak dapatlah aku merasa pengat pisang buatan Baba buat kali kedua dan untuk selamanya.

No comments:

Post a Comment