Thursday, 28 July 2011

Anugerah

27/7/2011 - 11.47pm


Hari ini hari yang sangat bermakna. Bukan bererti hari-hari lain tidak bermakna tetapi hari ini lebih sikit kualitinya. 


Janji temu dengan rakan baik untuk menonton wayang dan berjalan-jalan di Wangsa Walk tidak kesampaian. Semuanya sebab aku sakit perut, masuk anginlah, kembunglah sampai tak boleh nak jalan macam orang normal. Duduk tegak sikit je dah sakit tahap gila. Mula-mula masa bangun pagi tu ada la rasa ura-ura macam nak sakit perut tu tapi tak kuat sangat. Sekali selepas aku makan nasi lemak + paru yang mama tolong belikan perut aku yang memang dah masuk angin meragam bukan mainlah. Waktu tu pukul 9 pagi, janji nak keluar pukul 11. Aku ingat dalam pukul 10 boleh baik sikit agaknya tapi keadaan jadi bertambah teruk. Terpaksa batalkan, nasib baik dapat kawan memahami dan tak memaksa. Tapi aku rasa bersalah jugalah sebab kami dah rancang itu dan ini, nak sembang itu dan ini, dah lama sangat tak keluar sama. Mungkin dia kecewa juga tapi tak tunjukkan, cuma suruh aku tidur dan berehat :)


Pukul 10 lebih pagi memang aku sudah bersedia nak tidur, sapu minyak yuyee pun dah. Susah sangat nak dapat posisi yang tak rasa sakit. Perut masuk angin memang seksa. Nak makan tak boleh, nak minum air pun tak boleh. Kalau minum juga, sakitnya macam nak mati. Sedang aku twist & turn tu boleh la pula terfikir 


"patutlah orang suka pakai phone canggih macam iPhone dan BB, sebab boleh tweet walaupun tengah tergolek macam nak mati"


Haha, boleh pulak? 


Aku pun tak tahu berapa lama aku macam tu sampai la aku dah tertidur. Aku terjaga lebih kurang tepat pukul 12 tengah hari, waktu syaitan siar layar. Aku terjaga secara mengejut sebab dah bermimpi ngeri. Tahu apa yang aku mimpi? Ehe, mestilah tak tahu kan sebab aku belum beritahu pun. Tapi memang serius ngeri. Aku istighfar dan hamdalah je bila dah terjaga. Bersyukur sangat.


Aku mimpi...


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.
matahari terbenam di timur.
pukul 10 malam masih terang.
matahari terbenam laju, di timur.
terbit di barat.


Dalam mimpi tu aku dah tak tahu nak buat apa. Itu petanda besar dan aku masih terumbang-ambing. Alhamdulillah aku tersedar dan mendapati itu cuma mimpi. Walaupun tengah hari tepat jam 12, syaitan tak syaitan, mimpi tu sedikit sebanyak mengejut aku daripada kecintaan pada dunia yang berlebih-lebihan. Bersyukur dengan amat kerana diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk dapat perasaan macam ni.


Bila waktu aku terjaga itu, sakit perutku masih ada. Masih lagi sakit tetapi kurang pula keseksaannya pada hematku. Mungkin sengsara minda yang bersarang dari mimpi itu lebih berat sehingga otak tidak mampu memberi isyarat penumpuan kesakitan perut. Aku mula terfikir, sedangkan nabi Ayyub menderita penyakit kulit selama 10 tahun tetap bersabar, aku baru sahaja kena beberapa jam yang lalu, paling lama pun sekali dalam 2-3 hari. Aku sepatutnya lebih bersyukur.


Aku cari terjemahan Al-Qur'an yang sudah dibaca sedikit sejak berminggu lalu dan terhenti di Surah Al-An'am. Aku tak khatam mengaji, memang tak alim cuma sekarang aku nak habiskan baca terjemahan dahulu. Sebab dulu aku mengaji dan mengaji kemudian berhenti. Berhenti lama tak sambung-sambung. Entah kerana malas ke apa tapi automatik kalau dah lama tak baca timbul rasa malas dan tergagap pula tidak selancar dahulu. Mungkin sebab aku tak faham apa kandungannya maka aku tak tahu kepentingannya. Ah terlalu banyak aku buatkan alasan untuk diri sendiri, bukan?


Selepas membaca sedikit, aku kembali ke pembaringan dan tertidur-tidur ayam. Bila Mama pulang daripada membeli ubat, satu peristiwa manis berlaku. Aku sukar untuk bangun, dan berpaut padanya untuk duduk. Apabila sudah berjaya aku menyandarkan diri pada pelukannya. 


Mama: ni la baby saya 


Aku: dah besar tapi masih menyusahkan orang T_T


Mama: ni kan kifarah


Aku: @_@


Rambut aku memang serabai gila. Nak angkat tangan untuk ikat pun rasa tak larat. Mama ambil sikat, dan menyikat rambut aku. Kemudian diikat satu. Aku rasa bahagia sangat. Rasa macam boleh mati masa tu jugak disebabkan kebahagiaan yang amat, tapi tak boleh dulu. Amal seciput ada hati nak mati pulak, haha. 


Selepas solat Asar, Mama dan Kaklang pegi Jusco nak beli sikit-sikit barang keperluan dan nak belikan aku bubur McDonald's. Aku tak ikut, duduk rumah sahaja kutip kek di Baking Life. Etie hantar cupcake kat bakeri aku la! Agaknya sempena aku sakit dan tak dapat keluar dengan dia kut? Hehehe...


Bila tengok kat wall FB, eh A-an ada kongsi video lah~ Lagu dari FF7, aku tak pernah dengar tapi bunyinya menarik juga, watashi wa suki desu! 


Masa Mama dan Kaklang balik dah nak masuk waktu Maghrib. Maka kami bersolat dulu sebelum makan malam kat ruang tengah rumah. Menu bubur ayam McD, tosai masala, roti canai, KFC snack box dan sebagainya. Wah bunyi macam melantak habis tapi sebenarnya tak banyak pun, semua sikit-sikit je. Aku makan bubur, nyumnyums nasib baik ada rasa halia boleh la membuang lebihan angin tak gitu? Lepas makan aku minum Schweppes Bitter Lemon yang terperuk dalam peti sejuk setelah sekian lama, konon-konon air gas boleh hilangkan angin dalam perut juga.


Hmm...rasanya itu je kut. Sekarang ni perut aku masih terasa bisanya tapi dah baik jugalah berbanding awal tadi. Apa yang penting sekarang ialah 3 perkara yang kurang menggembirakan yang berlaku dari petang semalam sampai hari ni sudah terubat dengan pelbagai kebahagiaan, rezeki dan kurniaan pada hari ini. Mari mengira yang dapat dikira.




 Etie hantar virtual cupcake kat bakeri aku~ 


+1 kegembiraan


 A-an kawan baru aku yang kenal masa VCSP tu kongsi lagu FF7 kat wall FB aku.


+1 kegembiraan


 Kaklang dan Mama belikan bubur, susu dan ubat untuk aku


+1 kegembiraan


 Bangah belikan 2 peket ENO halia untuk aku


+1 kegembiraan


 Mama sikat dan ikatkan rambut aku


+1 kebahagiaan


 Aku mimpi matahari terbenam di timur


+1 kesedaran


Kelihatannya kebaikan itu berganda di sebalik sekelumit musibah yang menimpa. Alhamdulillah...  

No comments:

Post a Comment