Tuesday, 2 August 2011

Luahan Perasaan #2: Ai kecewa yu...

CAUTION: Hari ni nak tulis dalam mood dan gaya gedik jadi siapa yang rasa macam takut tak tahan nak muntah sila sediakan plastik yang tak bocor, hiks~

*kraaaakkk prangg* bunyi apa tu? Kenapa ai asyik dengar bunyi tu. Mengganggu betul la.

*kcing kranggg* ish bunyi tu ada lagi, tak suka tau. Tension ai dengar. Bunyi apa eh agaknya?

Eh kenapa ai rasa pedih ngilu je ni?

.   .    .    . ...  ... .. ... .  ... .... .

Oh....ai dah tahu. Rupanya bunyi tadi tu bunyi hati ai pecah. Kuatnya...

Buat masa ni, ai rasa tak ada yang lagi sedih daripada tengok orang tak makan sahur yang ai masak. Ai masak dengan penuh happy dan rasa cinta semalam. Siap buat air teh 'o' dan simpan dalam flask untuk minum pukul 5 pagi nanti, lepas makan nasi dengan sambal telur dan kubis yang ai goreng. Ai excited tau, excited nak bangun sahur dan kejut semua orang untuk makan.

Tapi ai dah tertidur pukul 3 pagi. Ai sempat kacau mama sikit sebelum ai sendiri knocked-off tertidur. Banyak sangat merepek ai mimpi, sedar-sedar ai bangun kat luar dah terang, dah pukul 8 pun. Semua orang dah pergi kerja. Mama pun takde kat rumah. Tinggallah ai yang baru bangun dari terlajak tidur dan tak sahur. Ai rasakan sesuatu yang tak berapa baik. Bila ai sedar ai dapat rasa yang mungkin tak ada orang yang bangun sahur sebab ai tak kejut dan tak ada sapa pun yang datang kejut ai sesedar diri ai yang tidur mati ni. Ai terus lari turun bawah untuk tengok periuk. Sangkaan ai memang tak salah. Sambal macam tak luak je, sayur pun. Nasi ada luak sikit sangat, maybe mama ai yang tersedar dekat-dekat nak Subuh. Hurm...

Nak buat macam mana kan, nasi dah jadi bubur. It's no use crying over spilt milk. Tak ada rezeki nak terbangun sahur pagi ni. Buka puasa nanti kita makanlah ye? :)

No comments:

Post a Comment