Copet gambar dari IG Sensei...
Kono shashin ni wa suki na hito ga imasu. (dalam gambar ni ada seseorang yang saya suka)
Hahaha, crush je sebenarnya. Kenapa crush je? Sila baca sampai habis sobss...
Kawan sensei ni Nihonjin (orang Jepun), sama daigaku (universiti) masa mereka study kat Kitami dulu. Nama dia R,
Kami pernah jumpa, ikkai dake (sekali sahaja). Masa tu Mei 2019.
Sensei bawa datang kelas dan main Jan Ken Pon Acchi Muite Hoi.
Sebab nombor ganjil dalam kelas, jadinya aku berpasangan dengan R.
Tapi nervous la juga sebab dia memang cakap full Nihongo (walaupun dia boleh cakap English).
Pastu taktau la aku ni mesmerized ke excited jumpa Nihonjin ke apa asyik kalah je dengan dia lolz.
Then after kelas sensei nak bawa dia makan briyani, so kami pun singgah la satu restoran briyani gam kat Bangi tu.
Masa tu aku duduk sebelah Muz (classmate aku umur 51), R pula duduk depan Muz.
Kawan aku si Muz ni bagus tau, walaupun Nihongo dia biasa2 je, tapi dia berani bercakap dan berinteraksi dengan R. And R looked really impressed.
So then si R ni start interview kami. Apa yang buat kami nak belajar bahasa Jepun? Berapa umur kami? Apa jenis darah kami? Kat mana kami jumpa partner masing2. (R ni baru putus dengan tunang dia, almost kahwin tapi tak menjadi).
Yang aku start mild crushing kat dia ni sebab aku perasan yang setiap jawapan aku matter, dan dia cuma akan komen atau tanya balik untuk clarify jawapan aku je. Yang jawapan orang lain takde pula (maybe sebab semua yang lain lelaki ke? Kecuali Fadhilah sensei la. So yang perempuan time tu aku dan Fadh sensei je).
Umur masa tu aku bagitau la, "Kotoshi no jyuuichigatsu wa nijuu kyuusai desu. Ima wa nijuu hassai desu (Bulan November tahun ini umur saya 29, sekarang saya 28 tahun). Then dia komen "nampak muda macam 23 tahun".
Yang jenis darah, aku jawab la O. Time ni tak tahu lagi rhesus Positive atau Negative. Then dia jawab, orang darah O ni special. Then aku tanya jenis darah dia apa? Dia jawab O. Patutlaaa special katanya tadi hahaha.
Sensei cerita waktu tu, dia ni sangat takut lipas. Kalau tak silap aku dia tanya balik apa pest/insect yang kami takut. Aku jawab aku takut tokage (cicak), then dia angguk sikit and kata "Oh tokage wa daijyoubu" (saya ok je kalau cicak).
Pasal kenapa nak belajar Nihongo, aku memang takde sebab lain selain daripada minat dari kecil. Minat terhadap Jepun tu pula sebenarnya first timbul sejak aku browse majalah travel Discover Asia '92. Aku jatuh cintan sangat2 dengan gambar Yuki Matsuri (Snow Festival) kat Sapporo. So aku bagitau la start minat sejak tengok gambar pasal Japan. Dia tanya gambar apa? Aku jawab "Sapporo no Yuki Matsuri". Dia acknowledge la memang cantik pun. Then barulah aku tahu yang R ni sebenarnya memang orang Hokkaido (northern Japan, Sapporo ialah bandar utama Hokkaido).
Pastu takde apa sangatlah, kami semua pun balik ke rumah masing2. Then bila sensei tag gambar kat IG, gatallah aku follow dia. Dia pun follow aku balik.
Nak dijadikan cerita, aku kan suka up story kat IG (sejak2 lepas Mama meninggal aku macam addict kat IG story ni tak tahu la nak kata haihhh). So pada suatu hari tu, tiba-tiba dia like story aku yang berbahasa Melayu. Terkejut la ambe, terus DM dia tanya "awak faham bahasa Melayu ke?"
Tapi aku tanya dalam Nihongo la.
Then dia jawab, "tak"
Aku balas "oh, ingatkan faham sebab tu like"
Then dia jawab lagi, "tersilap like"
Aku balas "naru hodo" (oh patutlah)
The best part, lepas tu dia balas lagi tanya aku ada tak terfikir nak kerja kat Japan? Nak kerja sebagai apa? Sekarang aku kerja apa? Kerja aku macam mana?
At that time aku macam fikir dalam hati "eh, iye ke tersilap like ni? Tiba-tiba soalan dahsyat2 ni" :p
So aku pun jawab la. Dan at the same time aku try tanya dia kerja apa, kat mana bagai. Tapi silapnya pada waktu tu Nihongo aku tak sebagus sekarang. Sekarang pun sebenarnya masih tak bagus tapi much much better than waktu tu la. Dan silapnya masa tu aku tak tahu yang nama orang Jepun ni ada Kanji dia tersendiri, instead of tulis je nama dia dengan huruf biasa, aku gatal nak jugak pakai Kanji yang mungkin jadi maksud ntah apa2 cuma bunyi je sama. Google translate lah katakan :(
Dan ada part dia macam share dengan aku kerja dia "taihen desu yo" (it is very hard and tiring". Aku pi balas "zannen desu ne" (that's too bad, kalau bahasa melayu jadi maksud macam "malangnya").
Kahkah! Menyesal tau tak! Selepas tu dia dah stop DM aku.
Agaknya la kecil hati kot, dah la tulis nama dia dalam Kanji pun salah, respon pula tak bersopan dan tak sensitif langsung unlike Japanese. Dah bagitau penat, aku pi balas "malangnya". Biadab ini perempuan XDD
Tapi sebelum dia terkecil hati tu (kot), sempatlah sembang benda positif sikit. Dia kata nak datang Malaysia lagi tahun 2020. Then aku tanya bila (as in bulan berapa?) Time tu dia baru balik Jepun so dia kata tak decide lagi bila. Sekali 2020, Covid19 sampailah sekarang (=.=")
Moral of the story is: kalau tak berapa pandai language tu jangan laa try hard sangat nak impress, yang basic2 OK je nak pakai, kalau tak tahu nak express something dengan tepat, guna jelah English kalau kawan tu dah memang boleh cakap English pun. Lagi satu, learning language ni bukan setakat bahasa, percakapan, ayat dan kosa kata je, belajar la juga culture mereka, background, personaliti, kebiasaan cara hidup dan cara berinteraksi.
Kalau tak belajar benda-benda tu, jadilah macam aku ni ha.
Elok-elok ada chance calon goshujin (suami) Japanese, terus habis chance disebabkan kurangnya pemahaman dan sensitiviti budaya. Sobss...shedih~
2 gambar bawah ni masa kat kelas, sebelum pergi makan briyani gam. Lagi 2 perempuan tu tak ikut sebab ada hal.
Dah tengok si dia tu kat sini bolehlah tahu yang mana satu dalam gambar first tadi (^^,)
Jyaa...mata ne...
No comments:
Post a Comment