Getting to know all about you
Getting to like you
Getting to hope you like me
Getting to know you
Putting it my way but nicely
You are precisely
My cup of tea
Getting to know you
Getting to feel free and easy
When I am with you
Getting to know what to say
Haven't you noticed?
Suddenly I'm bright and breezy
Because of all the beautiful and new things I'm learning about you
Day by day~~~
Itu lirik lagu, Getting to Know You.
Lirik lagu masa play Snow White waktu darjah 5 dulu, Tahun 2000.
Aku tak dapat apa-apa watak pun, maklumlah budak baru pindah sekolah masa tu.
Tapi aku suka lagu ni, sebab dia macam sweet gitu.
"Getting to know you", bunyi macam biasa.
Nak kenal orang, suka orang tu, nak tau lebih pasal dia.
Kalau boleh nak rapat dengan dia.
Well, benda tu normal sebenarnya.
Dari aku zaman sekolah sampailah beberapa tahun lalu.
Beberapa tahun lalu tu starting daripada meluasnya socmed, whatsapp.
Then ada snapchat, then ada IG Story, FB Story.
Setelah ada benda2 ni semua, konsep "getting to know you" dah berubah.
Kita telah berubah menjadi stalker.
Dan kita juga mula mendedahkan perkara tentang diri kita yang kadang2, benda personal.
Manis disimpan, tapi tidaklah salah dikongsi.
Cuma kalau terlebih kongsi, boleh memakan diri.
Kita mula tidak bercakap dan berkawan. Tidak berkenalan.
Apa-apa nak tahu, buka IG, buka FB. Tengok gambar, tengok story, dan tengok update.
Kadang-kadang, kita kawan dan bertukar nombor telefon tapi bila chat, nothing personal. Nothing like getting to know someone. It's...empty. We are getting too scared to be vulnerable. Too scared to even talk. We talk about weather, busy ke tak, buat apa, goodnight, saya nak tidur, good morning, etc...
Untuk apa?
Entahlah.
Aku dah tak tahu konsep mesej zaman sekarang.
Dry, dull, no substance. At all.
Dulu zaman YM/MSN/Friendster kita akan bersembang.
Kita akan berborak pasal perkara-perkara.
Kita akan share.
Kita akan lebih kenal.
Kita sembang pasal perkara paling trivial macam favorite song, favorite food/drink/activity/zodiac.
We build the foundation.
Kita ada benda yang kita suka, kita ada life kita sendiri.
Kita gembira nak berkawan, nak tahu lebih tentang kawan baru kita tu.
Kita tak memaksa. Kita kawan-kawan yang makin kita kenal makin kita connect, makin kita suka.
Kita bukan expect orang fall in love dengan kita, we were just excited to build connection.
Tapi sekarang?
Kita stalk IG. Kita stalk update.
Kita up story, kita up update.
Kita dah tak bercakap.
Kita dah tak get personal.
Kita seolah-olah tak minat nak tahu apa-apa pasal seseorang tu kalau kita kena make effort.
Kita read in between lines.
Kita perli-perli orang kat status, kita perli-perli crush kita kat story.
Untuk apa?
Tak ada apa-apa.
Jujur aku katakan, aku sendiri pernah buat benda tu semua, yang aku cakap kat atas ni.
Aku pernah up story untuk attract attention crush.
Aku pernah perli orang kat story yang sadly, dia tak paham lol.
Aku pernah mengutuk orang yang aku tak suka.
Aku pernah berkongsi berlebihan sampai aku sendiri menyesal kadang-kadang.
Tak matang sungguh rasanya lepas buat benda macam tu.
Tapi alhamdulillah, aku selalu dapat rude awakening.
Dengan cara apa?
Dengan cara aku nampak kawan aku pula buat benda yang exactly sama macam aku dan aku benci tengok benda tu.
Suddenly aku tersedar yang aku rupanya pernah buat benda-benda tu sebelum ni.
Bila sampai masa aku sebagai penonton, ternyata aku sendiri tak suka.
Aku mula re-evaluate diri aku, tindakan aku, dan bagaimana aku bereaksi terhadap perkara.
Aku mula rindu zaman "getting to know you" was a thing, a real thing.
Aku mula rindu zaman berbalas surat dengan sahabat-sahabat pena.
Aku mula cuba cari sahabat pena melalui kawan-kawan yang "diperkenalkan" kepada aku.
Sebab mostly kawan-kawan yang "diperkenalkan" ni, tak ada that base and foundation.
Kita tak tahu mana nak mula, mana nak akhir.
Kita tak tahu macam mana nak bercakap pun, what is "the" topic that clicks.
Sayangnya, takde seorang pun kawan yang "diperkenalkan" sudi jadi sahabat pena.
Mungkin salah faham niat aku, mungkin rasa aku jual mahal sangat, atau tak berminat.
Padahal, jauh di sudut hati aku, zaman ni kalau kita bukan berkawan yang ada base, atau secara face-to-face setiap hari jumpa, persahabatan melalui suratlah yang paling dapat kita kenali seseorang.
With text, we get too lazy. And we get too impatient.
Balas lambat gives us anxiety. Mula fikir macam-macam. Kita lupa yang semua orang ada life. Bukan nak tengok Hp 24jam. Kita mula la google kenapa orang balas lambat, kenapa orang tak balas. Hidup pun tak tenteram. I think that's one of the good part about writing letters. Sebabnya, it doesn't take over your life and your peace of mind. Tapi of course pemikiran aku ni kind of like old fashioned. Zaman sekarang kena bertindak cepat kan. But when things too cepat I get overwhelmed and suffocated. Lol.
Jujur aku cakap sekali lagi, penantian surat di dalam peti pos sehingga hari yang surat itu tiba adalah antara perasaan paling bahagia.
Dan teruja.
Bila kita tulis surat, tak mungkin kita setakat cakap "Hai awak buat apa tu?"
Itu mungkin ada, sekadar mukadimah.
Kita akan mula bercerita tentang diri kita.
Dan kita bertanya tentang rakan kita itu.
Perkara yang kita tak dapat ceritakan kepada orang ataupun yang kita malu nak cerita kat orang, kita boleh cerita pada sahabat pena kita.
Kalau zaman aku sekolah dulu, budak2 yang aku tak suka, crush, situation happy/memalukan, lepas geram, benda baru, aku akan cerita kepada sahabat pena aku tu.
Dan dia pun akan cerita pada aku.
Bermula dengan surat sehelai kertas testpad, berkembang sampailah tak kurang 5 helai penuh depan belakang.
Rindu weh serius.
Tapi dulu aku juga yang cepat sangat adapt new technology sampai makin slow balas surat.
Dan kemudian bila kawan pun dah adapt new technology kita dah tak balas surat.
But we lose that spark eventually, bila masing-masing masuk universiti, mula bekerja, jumpa kawan-kawan baru.
Sigh...
Masih berkawan, tetapi tidaklah seakrab zaman itu.
But when we meet, we certainly can talk about things and pick up where we left off.
I really missed that moment, of corresponding letters, and the waiting, and the connection.
Everything about it.
P/S: Anyway, whoever you are, if you are reading this and you want to find a pen friend please do tell me.
Comment or message me or whatever it takes to reach out please!
Selain tulis surat, Gamelan pun rindu.
Demong ambe~~~
No comments:
Post a Comment