Kalau baba ada lagi, mesti Nana belikan baju raya untuk baba. Sebab baba kan selalu tak ada baju raya dulu. For years. Dulu manalah nana tahu, even tak terfikir pun. Yang penting, nana ada baju raya. Tapi sekarang bila dah ada kerja dan duit sendiri, teringin nak belikan baju untuk baba. Pastu, teringin nak tangkap gambar sama-sama. Omg, baba mesti nampak tua kan? Umur 64. Even masa umur 53 pun nampak berumur, huhu...
Bila kerja dengan syarikat penerbangan, automatik terasa nak sponsor tiket baba pergi Baitullah, sekali dengan nana. Boleh baba jadi mahram kita buat umrah sama-sama. Baba kan teringin nak pergi sana dulu? Baba tak cakap tapi baba beli CD Haji Mabrur. Sebab tu nana tahu.
Lepas tu, nak sponsor tiket baba pergi London. Baba mesti nak pergi balik kat Portsmouth kan? Kalau pergi sana pun mestilah nana nak ikut sekali. Sebab nana boleh ikut baba tanpa risau sesat jalan. Baba takkan suruh nana cari jalan sebab you just know, and you care. And you are just so great about directions. Even kalau kita sesat nana takkan tahu sebab baba takkan cakap. Akan jadi seolah-olah kita memang patut ikut jalan tu.
Sekarang nana dah boleh buat kek yang decent berbanding dulu. Baba suka makan kek yang nana buat kan walaupun setakat kek kotak ready to mix? Even dulu nana merajuk sebab baba marah nana bila buat kek pandai-pandai ikut suka sampai tak jadi, tapi itulah yang buat nana lagi bersemangat nak try buat kek sampai jadi.
Kalaulah baba ada lagi, nana takkan tulis benda-benda ni. Sebab mesti nana dah buat tu semua dengan baba. Dan cakap-cakap dengan baba. Masuk 11 tahun ni, tak ada sekali pun raya yang nana lupa kat baba. Even, takbir raya tu jadi lagi bermakna selepas baba pergi.
Nana tau nana tak patut cakap benda-benda ni, tapi I think of you more and I just wished to write it down. You are irreplaceable. Hilang tanpa ganti. Apa pun nana bersyukur sebab Allah pinjamkan baba untuk 13 tahun 10 bulan hidup nana.
Alhamdulillah, untuk anugerah itu. Dan alhamdulillah, now you are in better place, inshaa Allah. Dah nama pun kembali ke rahmatullah, semoga roh baba sentiasa dicucuri rahmat Ilahi.
Al-Fatihah...
No comments:
Post a Comment