Tuesday, 19 May 2015

Tapi sayang...

Lamanya tak menulis dengan penuh perasaan.
Dulu kan, masa baru-baru buka blog, macam-macam cerita. Kalau boleh, hari-hari ada update. Panjang-panjang pula tu.

Semakin lama semakin malas, tak tahu apa nak tulis, tak tahu apa yang signifikan untuk dikongsikan.

Takpelah, people change as time flies. Atau mungkin, aku change as time flies.

Sekarang ni topik apa?

Oh..syarikat tempat aku bekerja. Haha...rasa macam tak percaya nak jadi macam ni. Setahun 9 bulan yang lepas, aku tak pernah sangka yang tiba-tiba kena anticipate termination letter without exactly knowing where the future will lead me. Inilah namanya takdir. Dulu rasa best, gah, seronok sangat dapat kerja dengan syarikat penerbangan. It's a whole new world. Suddenly everything is falling down. Ramshackle hut of uncertainties and sadness.

Serious, beberapa bulan pertama memang aku benci ya amat kerja aku. Setiap hari balik rumah mesti membebel, kompelin tak habis-habis. Kesian mama dan kaklang mesti dengar cerita-cerita tak best dari aku. Setiap hari rasa nak berhenti kerja, menghitung hari nak habiskan contract setahun.

Hari berganti hari, MH370 tiba-tiba hilang. Gigih datang ot sebab sedar company dalam kesusahan. Kalau bukan kita, siapa lagi kan.

Lepas beberapa bulan, reputation pulih balik. Rasa lega sikit, setakat delay-delay sana sini, semua airline pun ada. Dapat call customer bising-bising minta upgrade tu perkara biasa..

Bulan Julai, another big blow. Ingat lagi, masa tu bulan puasa. Tujuhbelas haribulan tujuh. Airline kita kena tembak, kita jugak yang disalahkan. Airline kita kena tembak, banyak pulak orang nak cuba menangguk di air keruh. Masa ni rasa macam, damn, lagi sekali?

Tapi kita tahan lagi. Memang dah ramai yang cabut lari tapi kita-kita yang tinggal ni, teguh sangat kental bertahan layankan semua call yang nak refund tu. Masa tu memang dah rasa penerbangan kita tak ada harapan, tunggu masa nak tumbang je.

Hati kita keras dengar customer bebel-bebel, bising-bising pasal airline kita tak selamat. Kita dengarkan saja, macam la kita mintak kena tembak. Kita tahan lagi, entah kenapa kita setia sangat. Masa takde masalah sibuk nak berhenti kerja, bila dilanda badai, kita pulak sayang terlebih dan rasa kita tak patut tinggalkan dia. Tulah cinta kot, lolz.. *muntah geli berfalsampah jiwang*

Lama-lama badai semakin reda. Customer mula datang balik. Tak kurang jugak yang masih suka ungkit-ungkit pasal accident dan kutuk-kutuk kita bankrap tapi masih beli tiket kita. Tak malu ke fly dengan syarikat airline yang bankrap? LOL.

Macam-macam benda baru kita perkenalkan, upgrading dengan harga special, pilihan makan khas ekonomi class yang superb, in-flight celebration cake. Aku mengaku, memang mahal tapi rasa bittersweet sangat bila tiba-tiba kita bangkit dengan offering kecil-kecil tu. Rasa pahit tapi rasa manis. Rasa sedih tapi campur sikit happy walaupun kita tahu no amount of those orders can bring back the glory of our airline.

Hari ni, aku ingat nak menghitung hari menuju ke tahun kedua perkhidmatan aku. Tapi sekarang bukan masanya. Sekarang masa aku menunggu surat yang bakal tiba tanggal satu Juni. Tapi hati macam tawar. Saat-saat ni, bila kita tak rasa diperlukan, kita nak undur dirilah. Kita rasa macam kalau kita tak terpilih pun, syarikat boleh jimat duit daripada bayar gaji kita.

Bukan putus asa tapi penatlah. Seriously. Penat.
Tapi sayang.




No comments:

Post a Comment