Tuesday, 11 February 2014

Si tanpa suara berbicara (kerana sakit tekak jelah, bukan bisu)

2 hari meleper di rumah, cuti sakit seriously tidak berapa seronok. Ianya cuti yang diiktiraf, tapi engkau saja yang tau seksaan yang kau tanggung. Tak apalah, orang kata sakit ni buang dosa. Kena redha, jangan marah2. Tuhan menguji engkau, Tuhan juga yang bakal menyembuhkan.

Sedar tidak sedar, tahun ini aku bakal mencecah umur 24. Rasa macam tidak percaya. Rasa macam baru semalam umurku empat belas. Waktu yang sangat menggembirakan. Empat belas, waktu aku ambil PMR, waktu aku seronok sangat berbalas surat dengan sahabat-sahabat pena. Waktu aku study ala-ala kadar dan tak pernah terlalu risaukan exam. Waktu Baba meninggal dunia, waktu maklang disahkan menghidap kanser, waktu Pak andak meninggal dunia, waktu Sumatera dan utara Malaysia dilanda tsunami...okey itu semua sudah tidak seronok.

Hari ni, aku menghitung hari-hari yang bakal membawaku ke umur 24. Dengan amal yang tidak seberapa, dengan kematangan yang entah di mana-mana. Dengan diri yang tidak pernah sempurna, dengan suara yang pergi menghilang ke hujung dunia.

Dengan mimpi yang telah kulupa. Dengan cita-cita yang tidak pernah ditempa. Dengan usaha yang tidak pernah ada. Dengan jalan-jalan yang tidak diteroka. Dengan diri yang asyik duduk di takuk lama.

Macam mana ni? Kalau diperhatikan cuaca di luar jendela, rasa macam kiamat itu akan tiba tidak berapa lama. Bukan sahaja cuaca, malahan tanda-tanda kemunculannya pun banyak sudah ada. Kiamat, selepas kiamat ada kehidupan baru yang menggetarkan jiwa. Semua amal baik dan buruk ditimbang tara. Takutnya aku.

Dalam semua orang seumur aku melangkah ke alam perkahwinan, membuat anak, meramaikan umat di muka bumi, pernahkah terlintas apakah yang bakal aku corakkan di minda si kecil ini? Adakah dia akan menjadi sehebat panglima perang zaman Rasulullah s.a.w.? Adakah mindanya akan aku corakkan sehingga menjadi sehebat As-Syafi'e? Bagaimana harus aku didik dia mengenal yang mana Dajjal yang mana Al-Masih asli? Adakah selepas aku kenalkan dia kepada dunia, aku hanya akan sogokkan sekeping iPad supaya dia duduk senyap main game?

Astaghfirullahal'azim.

Bila memikirkan itu semua, berpuluh ribu kali aku fikirkan untuk mencari jodoh. Memang aku suka pada seseorang yang sedikit muda tetapi sukaku itu masih belum berasas kerana mengharapkan tarikannya sahaja. Tidak ada lagi faktor2 lain.

Oh, dan kerana, dia gemar membaca buku. Buku...yang aku harapkan terus menjadikan minda ligat berfikir berbanding social networking dan porno jahanam yang berleluasa dalam perkampungan global yang melekakan ini.

No comments:

Post a Comment