Monday, 4 May 2026

2026/05/04 - Hidupku sekarang, tahun yang ke-36

Dear blog,

Macam tak percaya masa buka blog ni dulu tahun 2011. Masa tu tengah cuti semester yang panjang, 4 bulan ke 5 bulan. Sebab mereka nak selaraskan dengan mana ntah yang nak buka sesi kemasukan universiti pada bulan September.

Fast forward 15 tahun kemudian, aku dah hampir nak mencecah usia 36 tahun. Tahun ni tahun Kuda weh. Tahun aku :').

Macam-macam benda terjadi selama ni. Impian aku nak berkahwin awal macam umur 23, ataupun lebih awal supaya dapat beranak pada umur 23 tak kesampaian. Banyak je salah aku sendiri, bukan lelaki tu. Tapi bukanlah lelaki tu tak salah langsung. So kita sama2 ada salahnya. Cuma part2 yang aku jadi kecil hati dan tak beritahu tapi terus buat tak layan je memang membuktikan bahagian aku yang kuat merajuk dan redflag.

Ok stop ceritalah pasal relationships yang tak menjadi. Tak ada gunanya ingat balik pun. Aku just tenang menghadapi hidup yang yakin semua ini ada hikmahnya. Bukan aku tak berusaha, tapi mungkin masa belum sampai. Kalau nak ikutkan, aku teringin sangat nak ada sekurang-kurangnya 1 orang anak.

Tapi taklah semudah yang disangka. Proses buat anak tu memanglah kalau aku kahwin dengan siapa-siapa pun boleh je buat anak. Cuma masalahnya aku ni rewel. Aku perhati je mana lelaki yang agaknya boleh diyakini sikap dan sifatnya. Ada nampak kebapaan ke tak. Perangai overall macam mana. Cara kerja, cara cakap, cara bermasyarakat semuanya penting. 

Nilai dan sifat ibu bapa sedikit sebanyak akan menurun ke anak. Aku nak cari yang kalau aku meninggal lepas melahirkan aku yakin si dia boleh jaga baby tu dan besarkan dengan penuh hikmah. Nanti aku siapkan surat panjang untuk pesan apa yang aku nak dia provide pada anak tu.

Eh aku ni macam yakin mati pula bila beranak. Kahhh!

Yelah, sakit kot! Walaupun tak pernah ada pengalaman tapi mendengar pengalaman orang je dah cukup buat aku rasa aku akan terus mati kalau lahirkan baby. Adohai. pemikiran pelik tapi benar. Kadang-kadang pemikiranku extreme begitu. Padahal orang lama-lama dulu beranak berbelas-belas orang takde hal pun. Gedik manja terlebih aku nih!

Tapi, sebenar-benarnya aku dah jumpa calon bapa kepada baby aku. Dia tick all the box kecuali yang paling penting, iaitu dia belum Muslim. Dia orang Jepun, baik betul. Dalam setahun lebih sikit yang lalu ni aku dah perhati cara dia. Cara dia bergaul dengan pelbagai orang. Macam mana dia menyantuni tukang bersih dan staff sokongan sekolah. Dia ni cikgu. Tapi muda daripada aku dalam 5-6 tahun. Walaupun dia muda, dia sangat boleh diharap. Rupa...senang mata memandang. Comel orangnya, mata besar dan double-eyelid gitu. Hidung ada ketak sikit macam hidung aku lah, tapi ketak hidung dia tak jauh macam hidung aku. Aku senang bercakap dengan dia, dan aku rasa selamat dengan dia. Satu perasaan yang tenang bila tahu dia ada dalam bangunan yang sama walaupun kami takde dalam ruangan yang sama. Aku tahu yang kalau aku takut, aku boleh lari cari dia kat bilik guru, atau kalau dia tengah kelas, aku tahu aku boleh cerita kat dia selepas tu dan dia akan risaukan keadaan aku dan lindungi aku.

Dia pandai layan budak-budak, dia suka buku, dia serius dalam bekerja, dia pandai tulis cerita pendek, dia selalu ingat kat aku. Masa dia tulis cerita, dia share dengan aku tanya impression aku. Masa dia nak buat kelas kaligrafi Jepun, dia ajak aku tengok. Dia ramah dengan orang tak kira kedudukan orang tu apa. Dia baik, dan aku rasa aku tak boleh lepaskan orang baik macam ni.

Cuma sayangnya, dia akan balik ke Jepun tahun depan. Ini tahun terakhir dia di sini. Aku tak dapat bayangkan hidup aku kat sekolah tu bila dia dah tak ada nanti. Aku nak dia stay, aku nak dia selalu ada. Dah la aku ada orang yang menakutkan aku kat sekolah tu. Mamat tu dah la dah kahwin dan ada anak. Tapi pandangan mata dia jahat. Terbalik dengan cikgu Jepun ni. Pandangan mata dia baik. Aku harap dia suka aku, sebab aku cukup suka dia untuk nak kahwin dengan dia. Dan sekarang, aku cuma nak lahirkan anak dia, bukan anak siapa-siapa random yang aku tak yakin. 

Ya Allah, makbulkan doaku ini, dan Kau berilah hidayah dan taufik kepada cikgu yang aku maksudkan itu. Aamiin. 

No comments:

Post a Comment