Hujan rintik-rintik
renyai-renyai...
didahului mendung kelabu.
Mukadimahnya bau.
Bau itu,
Bau segar bumi dipercik air, dibawa angin lalu
Bau itu,
Terus kau kenal, hujan kan menyerbu.
Hujan, turunnya mencuci debu,
menghalau jerebu.
BUKAN kerana pembenihan awanmu,
yang setelah turunnya hujan itu,
kau uar-uar dengan gah di warta berita.
Seolahnya kerana itu,
seolahnya itu jasamu...
KENAPA tidak kau uar-uar sebelum itu?
SEBELUM turunnya hujan itu?
Usahamu memang bikin terharu
Dalam keadaan manusia celaru
Tetapi bukan kerana pembenihan awanmu
hujan datang menderu-deru.
Sujudlah, syukurlah
Alhamdulillah
Kalau tidak kerana rahmat dari Yang Satu
Hujan dan kita mungkin tidak bertemu
No comments:
Post a Comment