Bila tensi dengan Facebook, lari ke Twitter.
Bila tak dapat nak luah apa-apa kat Twitter, lari ke Facebook semula. Alih-alih, sama saja.
Kita sentiasa lari, lari dari masalah, lari dari tekanan, lari dari kesedihan, lari dari 'kawan-kawan' yang kita kurang senangi. Tapi apa sebenarnya yang kita nak cari dari Facebook dan Twitter? Kedua-duanya adalah laman sosial yang mahu atau tidak, membuatkan kita berinteraksi secara langsung atau tidak langsung dengan manusia lain. Setiap apa yang kita rungutkan, kongsikan, sebarkan, semuanya menjadi tatapan manusia yang kita benarkan berlonggok dalam jaringan Twitter dan Facebook kita. Alih-alih, kita kata kita tertekan dengan Twitter dan Facebook. Siapa suruh kita buat? Siapa suruh kita buka akaun kedua-dua atau salah satu daripadanya? Apa tujuan sebenar kita?
Jemput kawan ke majlis
-Ini memang tak dinafikan keberkesanannya hari ini. Jemput melalui Facebook, kurang pembaziran kos hantar kad pada yang tak mahu datang, boleh beritahu khabar gembira dengan lebih cepat, segala kemaskini cuma dengan klik klik dan taip taip saja. Beberapa saat je, beribu invite dihantar.
Kongsikan perkara-perkara berfaedah
-Yelah, orang kata elok kongsi ilmu, apa-apa jua ilmu yang bermanfaat. Bila kongsi dan orang semakin tau, dikongsi lagi sama jaringan teman-teman mereka yang lain pula, kan dah jadi viral tu? Syabas, ni pun nilai yang bagus juga.
Tapi...kalau cuma merungut, membuka pekung sendiri, membuka pekung orang lain, kongsi gambar-gambar yang memalukan, kongsi gambar-gambar yang boleh menimbul fitnah, rasanya...tak payah la kot. Kalau itu saja tujuannya, itu seperti nak mencari perhatian dan keredhaan manusia pula.
Ramadhan hampir tiba. Apa azam kita untuk memenuhi dan memanfaatkannya? Jom jadikan Ramadhan yang bakal tiba ni sebagai permulaan terhadap perkara baik yang nak dilakukan. Dunia pun sudah semakin tua. Mungkin dan tiba masa kita kurangkan sikit kepentingan perkara-perkara lain dan audit balik amal kita. Semoga kita berjaya dunia dan akhirat :)
*pesanan yang ditulis ditujukan juga kepada diri sendiri, tiada niat mengguris hati mana-mana pihak, cumalah mengajak saja untuk sama-sama kita cari syurga :)*
No comments:
Post a Comment