Thursday, 7 March 2013

[NUKILAN] Indah

Indah itu,
kau hirup lagi,
kau teguk lagi,
tak lepas pergi.
Bilakah kau akan mengerti?
Terik mentari
yang terlindungi
limpahan rahmat abadi
kan memanggil pelangi.

Pelangi indah.
Penghilang gundah.
Penyeri madah.
Penglipur kisah.

Janganlah kau terus begini,
mencari rasa syurga di bumi.
Tidak akan kau temui
kerana syurga itu milik Ilahi
Melainkan jalan-Nya kau ikuti
Tabir diri,
teduh hati.

Jadikan kunci hatimu SATU
Agar bila engkau bertemu
terus pula mendapat restu 
semoga kau akan bersatu
dan syurga itu milikmu.


Aanya, 6hb Mac 2013

No comments:

Post a Comment