I had a really beautiful dream. Tapi tak tahulah mimpi serius, ada maksud tersembunyi atau hanya permainan tidur. Sebab mimpi ni muncul pun masa tertidur selepas subuh tadi. Dan part yang beautiful tu pun sekejap je. Yang banyaknya merepek.
Mukadimahnya begini.
Aku selesai Subuh tadi, ingat nak turun buat breakfast atau alas-alas perut sendiri. Tapi tak jadi. Sebab bahagian kepala sebelah kiri rasa strain gila. Macam nak tak nak kena tidur or baring.
Maka aku pun pergilah baring balik konon-kononnya nak tidur 20 minit, set alarm, last-last alarm bunyi masih tak tidur lagi. Aku sorokkan kepala bawah bantal dan selimut sebab rasa sakit gila Tuhan saja yang tahu. Akhirnya aku tertidur.
Mimpi aku memang merepek, aku masuk sekolah balik lah, naik teksi pergi sekolah kena charge sampai rm40 padahal sekolah dekat Semarak je, pastu dalam mimpi ni aku berjaya bersalam dengan seorang makcik yang hakikatnya dalam kehidupan sebenar aku dah tak dapat bersalam dengan dia. Ok lupakan itu. That's not the best part of the dream.
Ada sebahagian dalam mimpi itu, aku berada di rumah. Hari sudah malam, lebih kurang jam 11 lebih kut. Tiba-tiba aku terdengar laungan azan. Aku berasa sangat pelik. Aku bertanya kepada kakak, adakah lazim laungan azan pada bukan waktu solat? Kakak kata "pagi tadi pun ada, bukan waktu solat jugak".
Lalu aku pun masuk ke dalam sebuah bilik dan belum sempat pergi jenguk keluar tingkap aku nampak pelangi yang sangat indah lagi bercahaya. Aku kagum sangat dan masa tu juga ada spark cahaya masuk dalam bilik. Masa tu aku tak terfikir benda lain selain daripada nak berdoa. Tapi banyak pula benda nak doa! Selalunya lebih banyak perkara dunia daripada akhirat. Jadi aku tak pasti dan takut. Akhirnya seingat aku, aku berdoa agar Allah ampunkan dosa-dosa aku. (Kerana dalam mimpi tu memang aku sangat yakin semua tu adalah kebesaran Allah).
Dah siap di situ aku pun terus pergi tengok ke luar tingkap. Maasya Allah indah sungguh suasana sebab bukan ada satu pelangi saja tapi beberapa set pelangi yang cukup magnificent! Lengkap warnanya tujuh. Dan itu waktu malam. Aku tak tahu macam mana pelangi boleh muncul waktu malam hehe.
Seterusnya mimpi aku tak berakhir kat situ. Paginya punya situasi dah merepek balik dan entah apa-apa. Tiba-tiba ada banyak sangat pelangi kecil yang warna tak lengkap setiapnya. Dan situasi macam pameran lah pulak. Setiap pelangi kecik tu duduk atas setiap tiang kat sepanjang sebuah walkway. Dan ramai orang berjalan-jalan untuk tengok. Aku pun berjalan di situ jugak. Sampai satu pintu tiba-tiba keluar seorang mamat ni toreh tangan aku dengan pen, kuat gila!
Rupanya dia tolong balas dendam untuk kawan dia, seorang gadis yang kononnya aku pernah bertekak kat dalam internet. Haha gila ke apa ni weh? Dan setelah gadis tu terkulat macam rasa bersalah, aku pun kata sorry sebab dulu aku outspoken sikit. Then dia pun dah pergi, aku teruskan perjalanan dan ternampak editor promo aku merangkap walid angkat aku masa kat TV Alhijrah. Dia pun lalu situ.
Dan aku pun tersedar. Mama kejut aku sebab dia dah nak keluar. Dan sebab bunyi mesej masuk dalam telefon tangan. Masa tu, dah nak pukul 9 pagi.
Dalam masa aku tidur lebih kurang 1 jam lebih sikit tu, dahsyat jugak mimpi aku.
Apa pun, alhamdulillah :)
No comments:
Post a Comment