Saturday, 2 March 2013

Azam tahun baru (2006)

Rasanya aku masih tak habis kongsikan khazanah yang aku jumpa semasa mengemas barang-barang lama 2 minggu yang lalu.

Hari tu aku dah kongsikan lawak perkataan berlawan yang pada aku memang kelakar gila. Kali ni aku nak kongsikan karangan pertama yang aku buat dalam sesi persekolahan Tingkatan 5 tahun 2006 dulu (buku karangan tu pun simpan lagi kan, patutlah shelf sentiasa semak).

Bila baca balik dan bandingkan apa yang aku buat sepanjang tahun tu memang tak boleh tahan lah. Berbeza 180 darjah gitu. Baiklah, marilah aku kongsikan karangan itu.

Hari: Selasa
Tarikh: 3 Januari 2006
Soalan: Nyatakan azam baru anda untuk tahun ini dan langkah-langkah atau strategi yang akan anda lakukan untuk memastikan azam ini tercapai.

          Setiap orang mempunyai azam dalam hidup mereka. Biasanya, azam ini ditentukan ketika menjelang tahun baru. bagi tahun 2006 ini, aku yang akan menjalani kehidupan sebagai pelajar tingkatan lima tidak terkecuali daripada mempunyai azam dan harapan yang kukira amat besar, iaitu untuk mencapai kejayaan yang cukup cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

          Azam ini tidak dapat direalisasikan dengan hanya berazam kuat akan tetapi, tiada usaha yang dicurahkan. Bagi mencapai azam ini, aku telah menyenaraikan beberapa langkah dan usaha yang akan aku jalankan sepanjang tahun ini. Kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM bukan mudah dicapai. Justeru, aku perlu memperbanyakkan latihan bagi semua matapelajaran terutamanya bagi matapelajaran yang memerlukan rangsangan otak seperti Matematik, Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan dan subjek-subjek sains.

          Aku juga tidak akan memonteng kelas tambahan lagi malah aku akan berusaha menghadiri dan memanfaatkan setiap kelas tambahan yang dijalankan di sekolah. Pada pandanganku, menghadiri kelas tambahan dapat mengukuhkan lagi kefahaman kita tentang sesebuah matapelajaran yang lzimnya kita hanya mengetahui asasnya sahaja.

          Selain itu, aku juga akan memberi sepenuh perhatian ketika guru sedang mengajar di dalam kelas. Ini kerana aku tidak yakin aku boleh berjaya tanpa sebarang tumpuan. Kata orang, itu adalah salah satu punca kejayaan.

          Di samping itu, aku juga perlu menyiapkan jadual waktu harian agar kehidupanku lebih teratur. Ketiadaan jadual waktu menyebabkan aku terlebih-lebih bermain berbanding mengulangkaji, banyak membaca komik berbanding bacaan yang berfaedah. Perkara ini amat mengesalkan dan aku berharap dapat memperbaikinya dengan jadual waktu harian baru yang akanku reka. 

          Aku berharap, segala usahaku ini akan menjurus kepada kejayaan yang cemerlang, keterangan hati dan disiplin diri. Aku sedar, sungguhpun aku pemalas, aku tidak harus menjadikan itu sebagai batu penghalang kejayaanku. Kejayaan dan kegemilangan tidak akan datang tanpa usaha bak kata pepatah "yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang."

---------------------------------------------------------

Aduhai, padahal pada tahun itulah aku rasa relax gila. Macam takde apa-apa yang penting sampailah 2 minggu sebelum periksa baru terhegeh-hegeh nak belajar tajuk Sukatan Membulat dalam Matematik Tambahan. Dan memang kelas tambahan Addmaths aku selalu ponteng sebab tak faham langsung. Ada time datang, bila dah separuh jalan, pergi duduk kat toilet dengan kawan sampai dekat nak habis.

Kat rumah kalau kata belajar tu memang tipulah. The only subject yang aku boleh belajar kat rumah ialah Sejarah, sebab itu je pun subjek yang paling interesting masa tu.

Tahun tu jugalah aku sibuk berdiet menguruskan badan, kira kandungan lemak, bersenam setiap hari, tak habis-habis cari info kurus sihat cantik. Bila bosan kat kelas, tulis surat nak hantar kat sahabat pena. Tak pun baca Arena Komik. Balik rumah kalau online je cari pasal kumpulan Shinhwa (memang aku gila kumpulan Shinhwa waktu tu, dorang tu kumpulan Kpop yang dah ada sejak tahun '98 kalau tak silap. Ingat lagi favorite member aku ialah Andy.

see that sharp jaw? <3 oh ye inilah andy~ 

cute
bila dia tua sikit

And now I don't even know why I tergila-gila sangat. Haha, maybe my 15 year old self suka orang rupa macam ni. Oh and maybe that sharp jaw boleh explain because guys look so handsome without too much flesh. Sekarang bila tengok balik Andy rasa macam..."oh well, ok laa" *dush*

Jadual waktu harian? Nak susun kehidupan? Memang kirim salam. Aku tak pernah hidup dengan jadual kecuali semasa di sekolah sahaja. Setiap hari adalah berseronok dengan Kpop, TV, exercise, catu makan dan adapt dengan kerenah sepupu yang masa tu tinggal sama.

Result pun ala kadar. Cuma maybe sekolah aku tu macam not on the bright side so akulah pelajar terbaik SPM 2006 wow!!! Heh, Addmaths dah la 8E...grr...

Tapi so far tahun tu memang seronok lah. Barely 16 and having fun with life and school. Masa tu tak rasa dan tak tahu pun apa yang penting sangat pasal sekolah. Just go with the flow. Tak stress pasal belajar langsung.

And that's the last year that I deemed very sweet. 2007 is still ok until I made a stupid mistake. Up until now, that stupid mistake remain as one of the stupidest thing I've ever done in my life. What's that mistake?

Gave up the offer for Architecture degree after SPM :(((((


No comments:

Post a Comment