Terbanglah rajawali
Kembanglah bakawali
Yang hilang takkan terganti
Yang datang akan menemani
Sunyi hati
Usah kau menangis lagi
Usah kau meniti duri
Biarlah memori bersemadi
Di bawah teduhan hati
Dan semailah kasih abadi
Kerana dengannya engkau terus berdiri
Hari ini
Hingga kau mati.
Aanya, 20 Januari 2013
No comments:
Post a Comment