Kedai Roti Federal dah takde :(
Tempat tu juga dikenali sebagai Federal Bakery, terletak berhampiran Leboh Ampang.
Sedih bukan main aku, dulu dah siap berangan satu hari nanti nak 'dating' kat situ. Sobs.
Kenapa nak 'dating' kat Federal Bakery?
Perlu ke ada sebab?
Haha, memang ada pun.
Sebab kat sana ada suasana lama.
Ada suasana damai.
Ada suasana macam 20 tahun lepas.
Dulu aku sekolah di CBN. Setiap hari balik sekolah mesti lalu kedai tu. Sekali sekala singgah. Beli kendi kelapa, sandwich, donat dan apa-apa benda lagilah.
Dalam tu ada kek biasa-biasa saja. Taklah 'outrageous' macam kek di kafe-kafe konvensional sekarang. Semua yang jaga kedai tu pun pakcik-pakcik mamak yang dah tua.
Damai, sunyi, tenang. Cuba bayangkan kalau suasana hujan dan suram di persekitaran, mesti 'dating' akan lagi best.
Hm, tapi apa nak buat kan? Federal Bakery dah tak ada. Dah ganti dengan Restoran Bilal.
Walaupun tempat yang sama, tapi suasananya takkan dapat lawan semasa ia masih Kedai Roti Federal.
No comments:
Post a Comment