Monday, 24 December 2012

28 hari lagi...


28 hari lagi 
Yang harus dilalui. 
Aku sudah tak tahan lagi.
Dan sudah naik benci.
Maka jangan paksa aku lagi.
Tindakanku sekarang semuanya berduri.
Bersemat dendam dan tuli dalam hati.
Sepatutnya aku tidak begini.
Sepatutnya aku jangan begini.
Aku sedar ini tidak membawa erti.
Yang baik lagi hakiki.

Apabila aku meneliti.
Kelamnya lautan tiada bertepi.
Kerana ilmu pelita hati. 
Ku tinggal sepi.
"Sibuk", menjadi alasan diri.
Jikalau sekali dalam sehari.
Maka ilmu yang baik aku cari.
Ianya pasti menabir hati,
menggalak bakti,
menjunjung budi.

Sekarang aku di lorong kiri.
Di mana tiada cinta bersemi.
Yang ada cuma duri, besi dan keji.
Haluan telah ku cari.
Ke kanan ku ingin kembali. 
Maka sabarlah menanti
28 hari lagi.

Aanya, 24 Disember 2012

No comments:

Post a Comment