Monday, 23 July 2012

Syukur

Saya harap semuanya akan okey. Saya percaya dengan harapan saya ini saya dapat bertahan lebih lama, pergi lebih jauh, mendongak dan tersenyum :)

Saya bertuah...bertuah sangat. Kerana dalam kemelut yang melanda diri, melanda famili, saya masih bernafas dengan sihat wal'afiat. Alhamdulillah. Saya tak patut merungut, tak patut merasakan diri terlalu lara, kerana dalam segala perkara yang berlaku, saya punya rumah untuk kembali, saya punya ibu untuk mendampingi, saya punya adik-beradik, hadiah dari Allah. Makanan selalu ada, dapat minum air yang bersih, dapat juga ni'mat meminum minuman sedap-sedap dan manis. Boleh buat biskut dan kek. Boleh masak nasi, goreng mihun, goreng telur bila-bila mahu. Alhamdulillah. Dalam ujian yang melanda mental, saya patut bersyukur dengan semua kelengkapan fizikal yang dikurniakan Allah.

Alhamdulillah.

Semoga mereka yang dilanda kemiskinan, kebuluran dan peperangan diberikan keringanan dan rahmat dari sisi Allah s.w.t. insyaAllah...

No comments:

Post a Comment