Sunday, 10 June 2012

Maksud 'off' Pada Alamat

Aku seorang yang kadangkala keliru, dan kadangkala suka mengelirukan orang.
Kadang-kadang aku secara otomatik terfikirkan perkara entah apa-apa  secara tiba-tiba.
Bila persoalan sudah memenuhi minda tetapi tidak terjawab, mulalah aku bertanya kepada orang sekeliling.
Jika terjawab, aku berpuas hati.
Tetapi jika tidak terjawab, atau tergantung, aku tidak dapat menerimanya. Pasti ingin mencari jawapan lagi.
Kamu takkan dapat puaskan hati aku dengan berkata "Ia memang begitu"
Aku cuma boleh berpuas hati jika itu tentang personaliti dirimu.
Contoh beginilah:

A: Eh kau ni, kenapa suka sangat garu hidung kalau makan benda pedas?
B: Oh aku memang macam inilah.

Haa, perkara seperti itu sahaja yang aku dapat menerima jawapan 'ia memang macam tu'.
Selain itu, akan ku korek juga.

Haih, panjang benar mukadimahnya.
Marilah kita terus kepada titiknya (straight to the point)

Tempoh hari aku tertanya-tanya apakah maksud penggunaan perkataan 'off' pada alamat.
Contoh macam ini

No. 34, Jalan Riong off Jalan Bangsar
67547 Kuala Lumpur.

atau

Pan Pacific Hotel,
Jalan P.Ramlee off Jalan Ampang
55567 Kuala Lumpur

Dan aku telah menemukan jawapannya. Daripada pertanyaan kepada orang berpengalaman, orang lama-lama yang memang memahami mengapa ada perkataan 'off' itu.

Maksudnya begini.
Jalan Riong off Jalan Bangsar itu maksudnya kita akan menemui Jalan Riong itu setelah memasuki Jalan Bangsar. Sama juga dengan yang seterusnya iaitu kita hanya akan menemui Jalan P.Ramlee setelah melalui/memasuki Jalan Ampang.

Nah, berguna bukan? Bila kita memahami semakin senanglah kita nak mencari alamat ataupun memberitahu orang lain tentang tempat :)

p/s: sesiapa yang baca dan memang dah tahu maksud 'off' itu tak payah nak berlagak kau memang tahu dan sebagainya. Hakikatnya, masih ramai yang tidak mengetahui :)

No comments:

Post a Comment