Dear diary,
Hari ni hari keberapa entah aku bawa kereta ke pejabat. Ada hikmahnya juga pejabat berpindah ke tempat yang tak dapat sampai guna public transport ni (tak termasuk teksi yang mahal itu). Perpindahan itu telah menjadikan aku membawa kereta. Terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan sekerja di medikTV yang memberikan aku cabaran dan semangat untuk beranikan diri memandu sejauh itu (Setapak ke Glenmarie). Kalau tak ada kalian, mungkin aku masih menumpang sampai hari ni dan tak reti-reti bawa kereta betul-betul.
Cuma maklum sahajalah, kalau waktu balik jalan Lebuhraya Persekutuan jammed gila. Gila-gila.
Setiap kali confirm jammed dekat bangunan Amcorp PJ tu sampai gerbang Kota Darul Ehsan. Naik Bangsar baru lega sikit. Mahameru best gila. Genting Klang? Boleh la tahan~
Oh hehe dan aku juga bukan jenis yang suka masuk jalan tol. Entahlah, mungkin dah terlalu banyak didedahkan dengan jalan-jalan alternatif dan persekitaran keluarga yang suka mengelak tol, jadi aku pun macam ralat nak try jalan lain yang mungkin lagi lancar sepanjang jalan walaupun jauh gila dan kena bayar RM2~
Dan mungkin juga kerana aku kedekut. Dan mungkin juga kerana aku memikirkan jalan itu dekat. Tetapi semuanya berbalik kepada kebiasaan kita. Dari dulu mama dan lalu situ sahaja, memang aku pun lalu situlah haha.
Semalam lebih kurang 5 kali aku kena hon. Lagi-lagi waktu nak potong line kan. Mungkin sebab macam gelojoh. Lepas tu sedar kesilapan diri, lebih bersabar pula. Dah tu kena hon jugak! Aik? Haha pendek kata cuma jangan kurang ajar sangat atau lembab sangat. Itu aku semalam. Haha~
Hari ni tak ada orang hon aku, aku hon orang ada. XD
Tengah duduk dengan boring dalam jammed tu, nasib baik radio SuriaFM tu pasang lagu best-best la juga. Boleh nyanyi bersama. Dan baru aku sedar hari ni bahawa dalam keadaan jalan sesak gila, radio pulak pasang lagu AXL Andai Dapat Ku Undur Masa memang best. Feeling je nyanyi, hilang tension hahaha~ Maka pengajaran hari ni ialah bila bawa kereta dalam jammed, buat pilihan lagu tu kat radio. Bila dia pasang, nyanyilah engkau sambil menghadapi kebosanan itu. Nak tolak ansur dengan orang pun lagi relax, sebab syok nyanyi kau nak potong line depan aku potonglah~
Dan aku sampai rumah setakat lambat 8 minit dari biasa. Padahal keluar pejabat lambat 45 minit dari biasa!
Terbaik.
No comments:
Post a Comment