Kita tahu, bila kita bangkit dari tidur pada keesokannya, dia ada untuk menyambut kita dengan wajah yang manis, atau mungkin pekikan yang mengejutkan kita dari tidur. Kita tahu dan dah boleh 'expect' benda-benda tu kan? Macam mana kalau tiba-tiba tak ada lagi?
Nak tahu perasaannya?
Macam mimpi.
Rasa tak percaya, berharap itu semua sebenarnya mimpi buruk belaka. Tapi kita sendiri sebenarnya tahu itu bukan mimpi. Bila kita melihat wajah sendiri di dalam cermin dan tidak mampu untuk senyum lagi, sebaliknya air mata yang merembes keluar, bila tampuk hati terasa berat dan perit sangat dengan rasa rindu yang tak akan terubat lagi. Saat itu kita mengerti sepenuhnya apakah itu kehilangan. Kita tersedar kita kehilangan terlalu banyak, terlalu banyak kesilapan yang kita buat kepadanya. Kita terlalu acuh tak acuh dan tidak peduli dengan perasaannya, tidak memberi perhatian yang sewajarnya sebaliknya melebihkan semua orang lain yang lebih kurang penting berbanding dia.
Dan kita berazam untuk berubah untuk menjadi lebih baik. Kita berazam untuk menghargai semua orang di sekeliling kita. Lebih-lebih lagi mereka yang rapat dengan kita. Kita nak tebus semula diri kita. Dapatkah?
Dapatkah?
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Kita takkan dapat tebus diri kita. Tapi sekurang-kurangnya kita dapat mengelak diri daripada bersikap seperti itu lagi. Mungkin dapat menjadi lebih sensitif dan peka, em...sepatutnya lah.
Kamu tak akan mengerti jika kamu tidak pernah melalui kehilangan itu. Tetapi janganlah tunggu sehingga kamu kehilangan baru kamu hendak menyesal. Belajarlah dari pengalaman orang lain. Hargailah mereka yang kamu sayang dan menyayangi kamu sementara mereka masih ada. Semoga bila tiba masa, tangisan kamu bukan kerana sesalan menggunung tetapi kerana hati yang keharuan kerana dia pergi dengan mengetahui kamu menyayangi dirinya sepenuh hati. Susuli dengan mendoakannya selalu, insyaAllah, kasih sayang itu tidak akan pernah putus sehingga kamu pula dijemput Ilahi...
p/s: pesanan kepada diri hamba jua yang tak lepas dari melakukan kesilapan demi kesilapan dalam melayani mereka yang penting dalam hidup hamba...juga kepada yang pernah melalui, janganlah melakukan kesilapan yang sama terhadap orang yang masih ada untukmu. Takkanlah kamu mahu menyesal berkali-kali kerana kesilapan yang sama kan?

No comments:
Post a Comment