Wednesday, 30 May 2012

Impianmu menjadi nyata~

Siapa ingat itu slogan untuk apa?
Kahkahkah, mesti tak ingat kan?
Eh, budak-budak zaman aku mesti boleh ingat sepatutnya.
Yaitulah slogan Playdoh. *seingat aku lah*
Ingat tak, dulu masa kita masih kanak-kanak kat tv selalu ada iklan Playdoh.
Siap jingles dia "Playdoh, impianmu menjadi nyata~"
Haa macam itulah lebih kurang.
Kita tengok dalam iklan tu budak-budak mat saleh buat burger, aiskrim, kek dan sebagainya guna alat-alatan Playdoh yakni plastisin atau lebih ramai orang panggil tanah liat. *aku panggil plastisin*



Dulu, tak macam sekarang.
Dulu mama susah payah kerja nak sara keluarga.
Kami semua bersekolah, akulah yang paling lambat masuk sekolah kan.
Memang kecil dulu gedik kalau boleh semua pun nak.
Tapi tak pernah berani nak minta Playdoh.
Sebab tahu Playdoh mahal, dan tahu nanti mama risau nak kena belikan Playdoh walhal banyak lagi perbelanjaan penting yang lain.
Setiap kali berangan-angan dengan kaklang, "kan best kalau ada Playdoh?"
^___^



Rumah masa tu memanglah banyak mainan, mainan kereta banglong dan bangah.
Robot-robot mereka, ada permainan Lassie (macam Lego, susun-susun jadi bentuk apa-apa)
Paling best Lassie tu lah, sebab boleh juga nak buat bentuk aiskrim.
Memanglah tak jadi cantik dan real macam Playdoh tapi lagi baik ada daripada tak ada kan?
Patung Barbie memang wajib adalah kan, itu pun paling suka main.
Padahal main tukar-tukar baju dia saja, ikat-ikat rambut, lepas tu Barbie tu akan keluar dating dengan Mickey Mouse *Mickey Mouse ni dulu teman sejati sebab masuk sekali bilik operation waktu tangan aku patah*
^___^

Hari ni, aku pergi ke Toys 'R' Us, Suria KLCC.
Jalan-jalan, tengok-tengok mainan. Seronoklah juga.
Kemudian terjumpa beberapa rak yang penuh dengan set permainan Playdoh.
Ada set breakfast, burger station, soft serve, refrigerator dan beberapa lagilah.
Harga dalam RM69 - RM80 lebih kuranglah.
Seronok sangat tengok, cuma...
Tak rasa pula aku akan membelinya untuk bermain pada waktu lapang.
Entahlah, mungkin rasa diri sudah terlalu tua untuk itu, dan banyak lagi perkara lain yang menanti untuk dilaksanakan.

Jika Playdoh ialah impian, ianya tak pernah menjadi nyata.
Ianya kekal dalam angan-angan zaman kanak-kanak aku.
Tapi angan-angan itu pun sudah cukup sempurna.
Kadang-kadang, kita tak semestinya memiliki semua yang kita mahukan untuk bahagia.
Ada yang perlu kita biarkan berlalu agar hati kita selalu menghargai perasaan yang pernah wujud.
Agar kita sedar dan tetap gembira serta bersyukur walaupun dengan ketiadaannya kita tetap melalui hidup yang lengkap dengan mereka yang kita sayang.
Kita menghargai segala yang kita ada, sambil merindui dia yang kita tiada.
Dan akhirnya kita sedar tanpa kita pernah memiliki dia, kita sudah menjadi sedewasa ini.
Dan dia kekal menjadi angan-angan manis zaman kanak-kanak,
Kerana kita tidak pernah memilikinya, kita takkan mudah melupakannya.
Itulah cinta sejati aku terhadap Playdoh.

Kahkahkah, serius macam apa! :D

p/s: aku rasa masih ramai budak-budak zaman aku yang impiannya tak tercapai nak main Playdoh, hehe. 



No comments:

Post a Comment