Wednesday, 16 May 2012

Perihal memujuk hati

Pujuk hati, terlalu lazim dilakukan sendiri.
Tak adil untuk aku mengharapkan semua orang seperti ini, bila luka, akan memujuk hati sendiri.
Memang normal la, manusia pasti memerlukan sokongan dan teman ketika dalam kesedihan.
Atau bila dah buat benda-benda bodoh, mesti nak kongsi dengan orang supaya ringan sikit beban di minda kan?

Aku sedar, semua orang tak sama. Kadang-kadang aku kesal kerana melayani orang seperti aku layani diriku sendiri. Bila aku biarkan, bila aku diam, bila aku tidak memberi komen mahupun kata-kata manis, bukan bermakna aku tidak kisah, tetapi hanyalah untuk diri engkau memikirkan kembali dan moga-moga engkau dapat memujuk dirimu, bila hatimu jadi tenang, barulah kita dapat berkata-kata kembali dengan damai kan?

Bila aku terlepas pandang, dan jika engkau benar-benar perlukan kata-kata dan pandangan aku, beritahulah. Kerana aku tidak dapat membaca manusia terlalu banyak. Bahasa badan yang dibaca pun mungkin bukan 100% tepat. Katalah kepada aku, agar aku mengerti. Agar aku dapat membantu engkau, menyokong engkau dan mungkin memujuk hati engkau yang lara. Beritahu aku, panggil aku dan katakan kau perlu aku untuk itu, kerana jika tidak, jika engkau mengharapkan aku datang sendiri dan mengerti, aku khuatir itu tidak akan terjadi. Kerana aku sudah menjadi terlalu lali dalam memujuk diriku sendiri.

No comments:

Post a Comment