Wednesday, 4 April 2012

Luahan Perasaan #11: Mama, maafkan Nana...

Kenapa nana asyik suka buat mama risau?
Nana minta maaf sangat-sangat. Mungkin permintaan nana terlalu tinggi.
Nana selalu nak buat benda yang nana nak buat.
Kadang-kadang nana bodoh, masih nak jumpa orang yang tidak berbaloi dibuang waktu untuknya.
Alasan nana, kasihan, dia perlukan teman.
Walaupun bila nana tak diperlukan, dia lupakan dan tinggalkan nana.

Kenapalah...mama mesti risau, kenapalah nana ni bodoh dan bendul sangat?
Dalam nak menjaga perasaan sendiri dan perasaan teman-teman samada berbaloi atau tidak, nana dah terlepas pandang. Nana dah menyusahkan hati mama dan mungkin juga melukakan hati mama. Nana 'suka' pada orang yang salah, dan mama jadi risau sebab itu. Nana nak buat benda-benda yang mama sendiri tidak begitu merestui. Kenapa nana macam ni? Kenapa nana bodoh sangat dalam hal-hal ni? Kenapa nana tak boleh lalui hidup macam biasa tanpa teruja dengan perkara-perkara yang nana tergoda untuk melakukannya?

Bilalah agaknya nana nak jadi matang? Sekarang pun boleh~ *nada iklan biskut Jacob's*
Ya, sampai bila nana nak tanya dan mengeluh?
Nana perlu lebih sensitif kepada perasaan mama. Sebab syurga nana ada di tapak kaki mama.
Mama...nana rasa betul-betul bersalah.
Mesti susah mama nak jaga nana kan?
Sejak baba tak ada, mesti mama buntu macam mana nak uruskan nana.
Mama...nana budak yang liar ke?
Nana rasa macam tak, cuma kadang-kadang nana bodoh dan terikut-ikut perbuatan yang tidak betul. Itu yang menjadikan nana liar.
Mama...nana sendiri tak tahu...
Kalau boleh nana nak ada di sisi mama sampai bila-bila.
Supaya mama tahu yang nana selamat dan terjaga, tak liar dan buat benda-benda bodoh yang mama tak suka. Mama...nana tak mahu buat mama risau lagi. Mama...ampunkan nana...restui nana dalam perjalanan sehari-hari. Nana cuba untuk tidak bodoh lagi.

Nana cuma nak lakukan apa yang mama rasa terbaik untuk nana, sebab selalunya nana tak berupaya untuk membuat keputusan yang bijak.

Mama...redha Allah kepada nana terletak kepada redha mama. Mama...janganlah mama menyesal atas semua perkara bodoh yang nana pernah lakukan. Nana yang sepatutnya menyesal dan selalu berhati-hati agar tidak menyusahkan hati mama lagi. Hinanya seorang anak yang mentah untuk mencabar perasaan ibunya, apatah lagi apabila bapa yang selama ini menjaganya bagai menatang minyak yang penuh sudah tidak ada lagi untuk menyediakan teduhan selamat yang memisahkannya dari dunia luar.

Mama, kalau berada di sisi mama dapat menghapus risau mama, dapat mengindahkan lagi syurga untuk nana, dapat menenangkan hati mama, nana ingin berada di sisi mama untuk selamanya. Sampai kepada saranan mama yang seterusnya. Nana sedar, bukan kepala sendiri yang penting, tetapi restu dari orang tua itulah yang mungkin dapat menjamin kebahagiaan hidup :)

3 comments:

  1. sayang nya seorang ibu terhadap anak nya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :') begitulah...sebagaimana mencabar pun hidup hari ni, kita masih kena mengikuti cara2 anak gadis dahulu kala, hehe kadang seronok juga XD

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete