Untuk yang pertama kali
Aku lemas dalam ombak yang memukul pantai hati
Aku lemas dalam udara yang tidak pernah lelah berbaki
Aku lemas dalam suasana melankoli melanda diri
Dapatkah aku bernafas lagi?
Pasti, dengan restu Ilahi
Aku pasti tidak ditinggal sendiri
Kerana Dia, yang menakluk dan mentadbir hati.
Sedangkan semesta ini milikNya
Sedangkan jasad kembali ke tanahNya
Sedangkan roh qudus ciptaanNya
Sedang tiap jiwa mengharap rahmatNya
Aku terhanyut, aku tertiarap
Maka mengapa aku memilih dunia?
Bagaimanakanku kembali ke pangkuanNya?
Bila jiwa diselaputi dosa
Bila kalbu dihurung cinta manusia
Bila hati sering lupa
Dan mendamba kebahagiaan sementara
Saat luka menggigit derita
Aku tetap menyaksi saujana
Kasih yang agung tetap ku rasa
Maka apa lagi yang mahu ku pinta?
Antara dunia, neraka dan syurga
Ku ingin mengejar yang memberiku bahagia
Aanya, Feb 2012
Kau gantikanlah kesedihan dalam hati kami dengan kebahagiaan dari sisiMu
Dan Kau jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur dan mengingatiMu
Ampunilah kami sekiranya kami lalai ataupun lupa.
Amin...
No comments:
Post a Comment