Penting untuk diberi perhatian.
- post ini tak berkaitan pun dengan hari Valentine ok. Aku baru lepas habis baca benda ni untuk kali kedua lepas beli buku ni tahun lepas.
- ada antara quote ni aku ubah sikit kata-katanya bagi bunyi sedap. mana yang pelik ada yang aku tambah tolak. nak tengok original silalah beli ya~
- kalau nak beli tu ada pesanan sikit, buku ni banyak typo, means editing agak tunggang langgang. so tak yah belilah *kejam*. sapa nak baca boleh sewa kat aku muahahaha~
- Hari berlalu begitu pantas. Namun sepantas mana pun waktu, setiap detik tetap istimewa bagi yang tahu menghargainya...
- Ada kenangan dalam usia, kenangan di kala hidup menunggu hujungnya...
- Biarpun ia bunga, segar seketika, layu selamanya, namun keindahan dan memorinya kekal berkelana...
- Jangan sesekali membenci, kerana lama-lama benci itu mungkin bertukar menjadi sayang. Bukan sekadar sayang yang biasa...mungkin lebih dari itu!
- Cinta bagaikan sungai, mengalir tanpa henti tapi tambah meluas seiring waktu...
- Sekali cinta datang tidak bermakna ia tidak akan datang lagi. Ia pasti datang lagi tapi dari si dia yang berbeza dari dulu. Mungkin dia yang dulu atau dia yang baru...
- Kalau cinta membuatkan aku terjatuh, ternyata aku masih lagi jatuh...
- Cuba melupai seseorang yang kita cintai seolah-olah cuba mengingati seseorang yang belum pernah kita temui...
- Adakalanya yang benar itu dia, yang salah itu kita. Yang ingin diubah tak mungkin akan berubah kerana memang di situlah tempat ia berada...
- Memang seronok bila dapat bersama dengan orang yang tercinta. Tapi amat payah untuk menerima hakikat apabila yang dicinta itu sukar untuk dimiliki...
- Apa yang terbentang di hadapan mahupun di belakang kita hanyalah perkara kecil jika dibandingkan dengan apa yang terbentang di antara kita...
- Anugerah paling istimewa bila kita memiliki sahabat, satu jiwa yang boleh dipercayai sepenuhnya, yang tahu buruk dan baiknya kita dan mencintai kita lebih dari segala keburukan kita...
- Cinta pertama adalah yang terbaik di antara semua siri cinta yang pernah dilalui. Kenangan terindah yang tiada gantinya...kalau boleh ingin mengulanginya semula...
- Ketidakhadiran paling lama kurang berbahaya pada cinta berbanding ujian bersama yang berpanjangan...
- Kasih yang terpisah menipu perpisahan dengan beribu imaginasi dimana setiap satu ada realiti tersendiri. Tidak mampu bertemu atau menulis utusan, namun temui pelbagai cara misteri untuk berhubung. Lagu beburung, wangian bunga, tawa si kecil, sinar mentari, keluhan angin dan kerdipan bintang...
- Setiap detik bersama kekasih merupakan 'moment' paling berharga, berbanding seusia dalam hidup yang biasa dan membosankan...
- Dia yang sanggup bercinta juga yang paling banyak menderita...
- Tidak mampu ku melihat cinta namun ku mampu merasainya...sukar untuk dipercayai...tapi cinta membuatkan aku ingin terus percaya hingga ianya hilang dengan sendiri...
- Indahnya jatuh untuk terbang, mati untuk hidup, berehat beratapkan langit dan di tanahMu selamanya tidur...
Dan yang terakhir sekali *mungkin juga yang terbaik sobsobs* ialah................
No comments:
Post a Comment