Wednesday, 29 February 2012

29/2/2012: Kenalah buat entri kan...

Sebenarnya aku macam tak tahu nak tulis apa
Tapi takkanlah tak tulis blog hari ni kan?
Nak juga aku ada tarikh "29 Februari 2012" dalam senarai entri.

Hm...apa ek.
Ok, 2-3 hari ni aku rasa macam perlukan stress buster.
Hari Isnin lepas aku dan Mama dah pergi rounding ke Subang Jaya dengan kenderaan awam.
Tapi yang paling gila sebab pergi tempat sama sampai 2 kali.
Wah doi, macam melampau tapi berbaloi.
Macam ditakdirkan, alhamdulillah sangat2.
Kronologinya mcm ni

Rumah > LRT Wangsa Maju ke KL Sentral > Komuter ke Subang Jaya > Bas U76 ke Kotaraya

Dalam bas U76 tu tiba-tiba Mama terpandang bas dari arah bertentangan, U623. Dari LRT Kelana Jaya ke Subang.

Sesampainya kami kat Kotaraya/Pasar Seni/Petaling Street tu:

LRT Pasar Seni ke Kelana Jaya > Bas U623 ke Subang Jaya > Kembali ke LRT Kelana Jaya (tak turun dari bas pun) > LRT Kelana Jaya ke Wangsa Maju > Rumah

Paling menguntungkan kalau ambil rapidpass. Kenapa aku kata pasal takdir tadi? Sebab kami datang ke LRT Pasar Seni nak beli tiket ke Kelana Jaya, Mama ternampak banner rapidpass sekaligus kami bertanya dan sedar ianya sangat-sangat menjimatkan. Student pass, sebulan RM100, unlimited naik LRT dan bas rapid dalam masa 30 hari. Better dari menyewa kat sana. Satu bilik sebulan RM350.

Sampai rumah memang penat gila. Hari Selasa ke fakulti untuk ambil cop (nak buat rapidpass kena ada cop fakulti pada salinan IC dan kad matrik)

Hari ni? 29 Februari 2012 ni? Horror gila
Of all the days, hari ni aku bangun paling lambat.
Dah seminggu steady bangun pukul 5.40am/6.00am
Hari ni tetiba bangun pukul 10.00am. Horror horror horror...

Em, lepas tu baca School Rumble. Sila ke sini untuk baca manga ini dan manga-manga lain Ini stress buster betul.




Kelakar gila. Boleh bikin lupa yang rupanya sem depan bermula esok........
Eh..belum lupa lagi rupanya.

No comments:

Post a Comment