Alhamdulillah~~~
Kenyang sungguh makan nasi goreng dengan sambal kupang dari pasar malam ni.
Eh? Yeyyy aku kat rumahhhhh~
Rindu weh, ini menu kegemaran sebelum pasar malam ditutup hari tu.
Hohoh, lepas sudah, tak la kempunan kan~
Tadi exam intermarketing (International Marketing)
Waaa...kegorengan melampau.
Mesti macam psiko tengok aku jawab penuh tekun nonstop.
Keluar awal pula tu~ *dush*
Tapi hampir semua jawapan bantai goreng.
Yang yakin cuma yang soalan 5 markah tu, alahai...
Aku harap lulus lah subjek ni...
Datang exam tadi dengan Ros, kawan baru aku, hehe
Ros ni baik sangat, asyik offer nak tumpangkan aku.
Sampai aku naik segan pula nak tunggu dia habis exam tadi
Takut dia offer nak hantar aku ke perhentian bas pula sebab aku nak balik.
Tak baik susahkan orang tahu?
Jadi aku keluar awal tadi, meluru jalan kaki ke seksyen 2~
Seperti biasa bila naik LRT tu memang semampatnya sampai Wangsa Maju, semua turun.
Tak kasi chance aku nak rasa relax sikit duduk dalam tren tu, sebab aku pun turun stesen ni, adoi
Sampai kat KLCC, Ampang Park, Damai, Dato' Keramat, Jelatek, Setiawangsa, Sri Rampai aku harap sangat orang turun berduyun-duyun, tapi hampeh, semua stay dalam.
Haish...nak buat macamana kan~
#%^$&^%*&E%@
Aku nak lepak di rumah sampai Sabtu, pastu pergi S.A. balik.
Berapa hari ni otak tepu sangat.
Memula study OrgComm, habis je study CBS, habis je CBS dah hilang momentum study marketing
Tapi cuba sedaya upaya juga walaupun asyik tertidur dan didatangi pelbagai dugaan dan cubaan~
Lagi sekali periksa hari Isnin, hari ini AKU TAK MAHU STUDY APA-APA
SEKIAN~
Ahahaha teringat dulu time single. Hari-hari balik Wangsa Maju memang tak pernah dapat seat sebab semua orang turun Wangsa Maju. :D
ReplyDeletetulah kan? popular sangat station tu, hoho
Delete