Hari ni hari terakhir sekolah.
Suria membaca komik Doraemon di kelas.
Kadang-kadang matanya melilau ke kiri dan kanan.
Cikgunya tak ada dalam kelas pun, maka pemandangan
yang dilihatnya pun memang gaya sewaktu cikgu tidak adalah.
Main bola kertas sana sini, yang perempuan duduk bergosip
Tak kurang juga yang bersidai di koridor kelas.
Suria mengeluh, kepalanya diturunkan agar dagunya mencecah meja.
Nampak malas, serupa orang tak makan pun ada.
"Bosannya...menyesal datang sekolah. Baliklah"
Senyap-senyap dia kemas beg. Begnya besar macam nak isi muatan banyak.
Tapi leper sajalah, maklumlah hujung tahun.
Tapi nampaklah ilusi budak rajin kalau pakai beg serupa itu.
Selesai mengemas, dia pun melangkah keluar kelas.
Rakan sekelasnya yang sibuk bergosip tak hiraukan pun.
Yang sedang bermain bola kertas apatah lagi, lebih khusyuk daripada bersolat.
Dalam perjalanan nak menuruni tangga dia terserempak seorang guru.
Haruslah memberi salam, tetapi tindak tanduknya dihidu oleh sang guru.
"Eh nak pergi mana awak ni?"
"Cis, matilah aku," gumamnya. Apa yang nak dijawab olehnya?
"Em, cikgu...sebenarnya saya nak balik rumah. Hari ni hari terakhir.
Dari pagi saya duduk kat kelas tak buat apa pun, baca komik saja.
Sudilah kiranya cikgu membenarkan saya pulang."
Alamak skemanya ayat. Cikgu memandang Suria. Suria memandang Cikgu.
"Eh 'handsome'lah cikgu ni. Aku tak pernah perasan selama ni."
Wah wah hatinya nak berbunga pula?
"Suria, cikgu tahu awak bosan. Hari ni memang tak ada belajar pun.
Saya nak pergi jaga kelas awak ni, tapi berapa ramai kawan awak yang datang?"
"Adalah lebih kurang 9 orang."
"Eh sedikit sangat tu. Tapi saya terpaksa juga jaga. Peraturan sekolah
pantang dilanggar. Mari, kita akan buat aktiviti yang seronok.
Baru awak kurang bosan :)"
Suria akur dengan kata-kata cikgunya. Dia menuruti langkah lelaki itu dari belakang.
Sambil itu hatinya berkebun bunga bila cikgu itu tahu namanya. Suria lupa barangkali
bahawa tanda nama yang dipakainya memang besar. Dia terasa 'special'.
Setibanya di kelas, alangkah terkejutnya mereka kerana...kelas kosong.
Habis seorang rakan sekelas Suria pun tidak ada di kelas.
Cikgunya menjeling tajam.
"Ta..tadi mereka ada cikgu. Saya dah keluar lepas tu tak tahu pula yang mereka pun nak balik."
"Sudahlah, tak mengapa. Suria apa kata awak tolong saya di bilik guru sebentar?
Saya ada banyak kerja yang perlu dibuat. Awak boleh bantu saya?"
"Em....baik cikgu..." Suria menjawab separa rela.
Tiba di bilik guru, cikgu menyediakan sebuah kerusi di sebelah mejanya untuk Suria.
Dia lalu memberikan air kotak berperisa laici kepada Suria.
"Sekarang awak tolong susunkan semua fail ni mengikut abjad.
Saya harus menyemak dokumen lain. Kalau dah siap nanti beritahu ya?"
Cikgu menghulurkan senyuman yang terlalu manis.
Suria mengangguk, matanya tidak berkelip.
Dengan tekun dia menyusun fail-fail tersebut.
Terlalu bersemangat sehingga dia tidak langsung peduli kepada
reaksi jengkel yang diberikan oleh guru lain.
Cikgu lelaki misteri tadi telah pergi menguruskan perkara lain di luar bilik guru.
Suria, tidak lama kemudian, sudahpun selesai menyusun.
Dia lalu duduk kembali, mengeluh.
Sekali lagi, dia bosan.
Tetapi seketika kemudian, dia tersenyum manis.
Memang manis. Seakan teringatkan sesuatu, Suria bergegas keluar dari bilik guru.
Lebih kurang 15 minit kemudian, cikgu lelaki tersebut pun kembali.
Bila dilihatnya Suria tiada, dia lalu bertanya kepada cikgu lain.
"Ada nampak budak perempuan yang tolong saya tadi tak?"
"Tak nampaklah Cikgu Zul."
"Hm, tak apalah, baru ingat nak..."
Kata-kata cikgu Zul terhenti, matanya tertangkap sekeping nota yang
diletakkan di bawah pemberat kertas berbentuk seterika itu.
"Cikgu, terima kasih kerana nampak Suria. Selama ni tak ada siapa yang nampak dan pedulikan
Suria. Suria macam tak wujud saja dalam dunia ni. Suria tak tahu apa yang Suria dah buat sampai
bila balik rumah pun ayah dan ibu tak hiraukan Suria. Suria sedih. Datang sekolah pun tak dapat
menghilangkan keraguan dan duka Suria. Tapi hari ini, bila Suria berjumpa cikgu, Suria tahu yang
akhirnya Tuhan dah makbulkan doa Suria. Terima kasih cikgu. Terima kasih banyak-banyak.
Maafkan Suria sebab tak tunggu cikgu datang balik, Sebenarnya Suria ada merancang sesuatu.
Tapi tak dapat Suria catatkan dalam kertas ni. Jumpa lagi cikgu."
Yang benar,
Suria, 4 Satria
"Hm? Pelik betullah budak ni."
Cikgu Zul melawat ke meja Puan Sabariah, guru kelas 4 Satria.
"Kak Sabar, budak nama Suria dalam kelas akak tu, dia ada masalah ke?"
"Suria?"
"Aih jangan kata akak tak nampak dia? Hahaha~"
Cikgu Zul mula ketawa kegelian dengan muka Puan Sabariah yang tercengang.
Serpihan kerepek yang terlekat di tepi bibir Puan Sabariah itu menambah kegelian hatinya.
"Dalam kelas akak mana ada budak nama Suria. Kau ni merepek jelah. Angau kat siapalah tu."
Hilang ketawa cikgu Zul. Tapi dia 'cover' lah.
Kerja diteruskan seperti biasa. Pukul 5.30 petang barulah cikgu Zul dapat menarik nafas lega.
Kerjanya yang bertimbun sudah selesai. Sekarang dia boleh pulang ke rumah.
Sempat juga dia men'cilok' beberapa buah majalah sekolah tahun-tahun yang lalu.
Mungkin seronok buat tengok-tengok semasa bosan, lagi pula dia guru baru.
Memang terujalah dengan sejarah-sejarah sekolah ni.
Dia mengomel seorang diri mengharapkan jalan tidak sesak.
Tetapi entah kenapa, jalan sesak juga.
Hampir Maghrib, barulah cikgu Zul tiba di hadapan rumahnya yang sepatutnya tak
begitu jauh dari sekolah.
Alangkah terkejutnya dia bila mendapati Suria sedang berdiri betul-betul di hadapan pintu pagarnya.
Dia terus teringatkan perbualan dengan Puan Sabariah di sekolah tadi.
"Eh Suria, kenapa datang rumah cikgu ni?"
"Cikgu dah baca surat saya?"
"Dah. Marilah cikgu hantarkan awak balik. Cikgu akan nasihatkan ibu bapa awak."
Suria menarik lengannya, kasar. Mungkin juga anak itu takut.
Tarikannya kuat hingga mereka hampir berpeluk.
"Jangan. Saya tak mahu balik. Saya mahu cikgu."
Suria menempel wajahnya pada dada cikgu muda itu.
Cikgu Zul tergamam, dia tidak membalas, tetapi tempelan Suria
menjadikannya kaku. Dia terasa bajunya basah, mungkin air mata pelajar
itu yang kini kaku seperti patung.
Cikgu Zul terasa lemah. Kakinya tidak mampu melangkah.
Azan Maghrib berkumandang....sayup-sayup kedengaran sebelum hilang....
* * * * * * *
Cikgu Zul membuka mata.
Semua itu, mimpikah?
Dia melihat-lihat majalah sekolah yang berserakan di atas katil.
Mungkin dia telah tertidur semasa melihat-lihat.
Majalah tahun 80an, menarik perhatiannya.
Diselak satu demi satu helaian, gambar Suria terpampang sebagai pemenang ratu sekolah tahun '88.
Eh? Lamanya. Sekarang kan 2011?
"Cikgu, mari sarapan :)"
Suria tiba di bilik dengan sedulang makanan panas.
Cikgu Zul seram sejuk rasanya. Tetapi tak dapat menafikan
bahawa makanan itu terlalu sedap baunya.
Dia tersenyum nipis, dan bingkas bangun menuju tingkap.
Hari sudah pagi, matahari kelihatan muncul di celah bukit nun jauh di sana.
Mata cikgu Zul tertangkap pada segerombolan manusia yang berdiri di hadapan pintu pagarnya.
"Eh apa yang berlaku tu?"
"Tak ada apa-apalah cikgu janganlah risau."
"Cikgu nak turun, kamu jangan ikut, nanti takut ditangkap jabatan agama pula."
Cikgu Zul terus berlari turun. Dia pun ingin tahu apa yang mereka sibuk-sibukkan.
Telinganya menangkap berberapa ayat yang dituturkan
"Eee apa yang dah berlaku ni? Kasihannya dia...dahlah baru tiba, ini pula nasibnya" Suara makcik A.
"Macamana boleh jadi begini? Adakah sesiapa yang nampak semasa kejadian? Suara makcik B
"Semalam waktu Maghrib, saya nampak dia berdiri di sini tidak bergerak. Tak tahu pula saya
tiba-tiba boleh jadi begini. Saya fikir dia sedang memikirkan sesuatu." Suara pakcik C
Cikgu Zul semakin cemas. Dia tiba di pintu pagar.
Di hadapan, tubuhnya terbujur, dadanya berlubang, tangannya bercarik.
Pakcik-pakcik dan makcik-makcik di hadapan rumah tidak mempedulikannya.
Mereka sibuk melihat tubuhnya yang kaku itu.
Cikgu Zul jadi takut.
Macam-macam bermain dalam fikirannya.
Tetapi yang paling menggetarkan jiwanya ialah...
Dia tidak mengucap dua kalimah syahadah.
Jap² aina. X fhm la. Suria tu dah mati ke? Awat tergantung wak? Suria tu spe? Yg mati tu siapa? Cne cikgu Zul tau dia x ucap syahadah?
ReplyDeleteHaha sorry awak! Kte baru terbaca komen ni. Suria tu dah mati lama dah, tp dia jd mcm roh yg x sedar diri dah mati. Dia balik semua tempat orang tak nampak dia. Tp si cikgu Zul ni pula yg nampak. Tu dia happy. Last2 cikgu Zul pun mati jugak dan jadi macam Suria. Orang tak nampak dia..cikgu Zul cuba ingat balik semua yang jadi sebelum dia mati, time kat depan rumah n Suria peluk dia tu, time tu la dia teringat yg dia x mengucap syahadah pun. So dia takut la..haha
Delete