Sunday, 13 November 2011

Esok sekolah~ Yeyyy~ ?? *DUSH*

Hari ini hari terakhir cuti.
Esok ialah minggu ke-6 sebelum cuti ulangkaji.
MidTerm test Selasa dan Rabu, tapi sampai 4 subjek *maT*

Bila waktu-waktu macam ni,
kita rasa macam alaaaa sedihnya~
Malas nak kemas beg~
Alaaa kenapa cuti sekejap sangat~
Itu semua.

Kalau macam sebelum ni, dialog hampir wajib bila harus kembali ke kolej.

Contoh situasi #1, pada hari Jumaat (hari balik rumah). 
Lokasi: Rumah

Kakak: Jomlah kita keluar

Aku: Nak keluar esok pagi boleh la, Ahad takmau. Kena duduk rumah, nangis.

Contoh situasi #2, beberapa hari sebelum buka sem (cuti panjang la ni)
Mungkin hari Isnin atau Selasa

Kakak: Jomlah kita keluar

Aku: Nak keluar buleh tapi dari esok sampai Khamis je la. Jumaat kena duduk nangis kat rumah.

LOL.

Jadi persoalannya, kenapa kita mesti duduk nangis kat rumah bila dah dekat nak buka sem?
Sudah semestinya sebab penyeksaan yang akan dilalui sudah terbayang-bayang dalam kepala~
Hahaha, tapi itu semua adalah dialog semata, letih laa asyik nak nangis je bila tiba waktu nak buka sem.
Puas dah masa minggu orientasi dulu berendam air mata XD

Jadi hari ni memandangkan hari terakhir cuti, instead of fokus kepada nangis, apa kata kita tengok apa perkara menggembirakan yang kita lakukan hari ni. Aku pasti korang pun mesti ada kan?
Kawan aku sorang ni siap letak kat status FB, jemput makan kat rumahnya hari ni, tapi dia duduk kat Perlis lah, aku tak dapat la nak datang.
Maknanya family dia ada buat makan-makan untuk hari cuti terakhir ni, em, jangan makan-makan hati sudah ;P

Lagi sorang, ayahnya masak nasi beriani semalam, sebelum dia berangkat dari Penang ke Shah Alam.
Hee, semuanya situasi gembira gitu kan?
XD

Aku pun ada juga~ Hee hari ni aku keluar, pagi pukul 9.30~
Wah terkezut sangat~
Aku teman Cik PiQa pergi perpustakaan Universiti Malaya
Sambil tu aku pun cari la jurnal dan bahan-bahan bacaan yang cambest.
Hm, perpustakaannya luas~ Luas sangat
Buleh naik lif~ Kat PTAR lif staf sahaja harap maklum~
Jurnal dan tesis di Dewan Minda.
Fuyoo nama nak hebat je kan~
Tapi memang hebat la, best.
Kuasa lapan.

Kalau spend masa kat sana more than an hour,
rasa macam reading is the most enjoyable thing to do on earth~
Lupa dah twitter semua~
Patut tu jadi rumah aku kan~ Haha~

Pastu balik rumah pukul 12.30, sampai lebih kurang pukul 1.10
nampak uncle yang renovate rumah aku dulu

Aku: Uncle!!!! Buat rumah ke?

Uncle: Ya la, betul-betul sikit. Eh Nana u sudah banyak kurus lah~

Aku: Ya ka? Uncle pun sudah banyak kurus la *ni memang betul, dulu dia besau, skrg kuruih banyak dah*

Eh? Ha'a itu pun situasi gembira sebab uncle puji aku kurus *dush*
Padahal T___T dan >____> dan <_____<
Gumuk ())x_x(()

Masuk rumah, Mama ada bawa balik nasi lemak & ayam goreng yang terlalu amat lazat cita rasa *bahasa prosa form berapa ntah cerita Raja Bersiung~*

Maka itu pun, gembira jugalah~

Sekarang dah petang. Kita masih tak kemas beg lagi.
Sebab sibuk nak tengok apa yang happy hari ni untuk diabadikan~
Tapi pemenang ialah perpustakaan la, sebab rasa macam nak lepak kat situ selalu lepas ni.
Memang best.
:)

No comments:

Post a Comment