Saturday, 8 October 2011

1/10/2011: Bergamelan di Dewan Sivik, Petaling Jaya

Pada hari Sabtu yang lalu, aku bersama rakan-rakan gamelan telah pergi ke Dewan Sivik di Petaling Jaya. Kami bermain gamelan sempena majlis perkahwinan Kak Dayana (senior tapi aku tak kenal). Rupa-rupanya semua pakat nak pakai ala-ala pink. Cuma ada la beberapa ketol manusia tak diberitahu termasuklah aku. Maka aku pun datang dengan baju ala-ala warna peach dengan tudung coklat. Amek kau, lain terus.

Ada la kami tangkap-tangkap gambar. Aku sebenarnya kurang mood pada hari tersebut. Tak tahulah kenapa. Kalau tahu pun aku malas nak cakaplah. Aku tak bawak kamera sebab kabel hilang dan memory card tak boleh baca la segala bagai jadi baik tak payah bawak. Gambar-gambar aku share ni ihsan daripada mereka yang bawak kamera dan sudi tag di Facebook, thanks muchos, mmuah~

Semasa menunggu bas di bustop HEP~
Haa, Amez jadi geng aku, taktau depa pakat pakai pink/merah XD
Ramai tak ready, aku ngan Tuya nak gak kepala teleng camtu kan~
Gambar ni <3. Sebab aku nampak comel skit *dush*
Betul iklan Polident ke apa daa~ Aku gemok wuaaa~
Freestyle? SANGAT ^___^
Itu sahaja lah yang aku nak kongsikan. Sebenarnya hari ni pun ada perkara menarik juga untuk dikongsikan tapi aku buat post Sabtu depan pulalah ya? Nak tunggu gambar-gambarnya siap dulu :D

No comments:

Post a Comment