Hari ni hari lahir Bangah yang ke-29. Aku tak beri apa-apa hadiah pun. Malahan siap minta dia tolong belikan karipap untuk minum petang.
Tapi sebab dia suruh akuikut sekali, aku ikut sajalah.
Alangkah kecewanya aku bila gerai makcik yang menjual karipap paling sedap yang terletak di hadapan 7Eleven Sri Rampai tu tutup. Kehilangan arah tuju sekejap, nak patah balik rumah macam tak best pula sebab momentum jalan tu dah berkobar.
"Bangah jom pergi Speedmart"
Di Speedmart aku pun tengok-tengok saja. Bukan ada benda khas yang ingin dibeli. Lama meneliti rak-rak makanan dan aku pun berhasrat untuk membeli sebungkus wafer bersalut coklat. Sebab dia ada maskot ikan jerung warna kuning naik skateboard. Agak comel pada hematku.
Dalam peket ni ada 5 batang wafer yang tak berapa nak besar la. Walaubagaimanapun aku memang dah tak sabar nak rasa. Mungkin terpengaruh dengan brand Nestle maka yakin pasti rasanya sedap.
![]() |
Macam nilah kekurusan wafer itu. |
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SEDAP GILA WEHHH!
Kaklang dan Mama pun suka. Lain kali boleh beli lagi.
Tak sia-sialah aku beli walaupun sekadar sebab maskot comel saja. :D
*gambar kualiti buruk, kamera kabel hilang maka guna webcam saja :)*
No comments:
Post a Comment