Wednesday, 21 September 2011

=DDD

HAHAHA SERONOK BUKAN MAIN~ 

Hari ni Teratai buat program bersama pengetua kolej. Aku pun baru perasan benda alah poster dia semalam. Tulis kat situ ini salah satu syarat wajib untuk penempatan semester hadapan. HOHO kisah apa aku? Ini semester terakhir sebelum praktikal lah~ Praktikal dah pasti aku tak duduk kolej maka ugutan macam tu dah tak berkesan, macam orang putih bilang, "immune" dah~

Kronologi XDD:

7 malam: Telefon Ina. "Hui Ina kau pergi ke malam bersama pengetua?" Aduh, Ina dalam kelas elektif, tak dapat layan soalan cepuperak aku.

7.20 malam: Alhamdulillah!!! Kunci yang tadinya hilang dah dijumpai~ Hee kunci ni kan, macam sengaja tak mahu kasi aku ponteng tau. Nasib baik jumpa, alhamdulillah~

7.50 malam: Cepat, cepat!!! Larikan diri!!! Announcement dah kedengaran berulang-ulang kali ni~ Destinasi ialah ke Melati nak tengok TV cerita Korea.

8.10 malam: Tiba di bilik TV Melati. Alamak!!! Dorang tengok bola??? Aduh, sakit telinga pulak tu bila budak perempuan tengok bola, jerit bukan main =.+" kena keluar dari sini sebelum gegendang telinga pecah. Babai lah cerita Korea~

8.20 malam: Di bilik komputer Melati. Aman tenang sentosa bahagia sambil baca majalah. Ina muncul selepas telefon tak lama kemudian. Ehek, kau pun ponteng Ina? Bagus-bagus, hehehh~

10.00 malam: Bergerak ke Mawar. Nak beli roti, asyik makan biskut sahaja~

10.20 malam: Terhendap-hendap dari tangga tepi yang agak tersorok. Mak aih, nampak budak Teratai ramai gila memenuhi *tak la penuh sangat* ruang dataran tu. Ina macam nak berhati-hati, takut diorang nampak. Aku nak juga jalan sampai tangga, kalau kena tangkap nasiblah. Kalau tak, memang seronoklah :D

10.23 malam: Yeyyyyy berjaya tiba di bilik!!! Terus buka laptop kerana teruja yang amat sangat XD

Dah lama tak jadi nakal macam ni la. Rasanya kali terakhir rasa teruja macam ni ialah waktu ponteng kelas BM waktu Tingkatan 6 Atas. Bawak segala kerja lain menyorok belakang bangunan makmal sebab tak mahu gabung dengan kelas sebelah yang berlagak nak mati okey.

Jadi, macamana keputusan BM aku?

A- beb. Bukan nak berlagak, pokok pangkal diri sendiri.
Tapi mungkin juga kalau aku tak lari dan ponteng kelas, boleh dapat A kut ;)

No comments:

Post a Comment