Hari ini aku terasa kurang bersemangatlah. Dah siapkan 2 blogpost sejak hari Sabtu lepas biarlah dulu. Lain kali aku letak sini ok?
Aku bangun boleh tahan awal la tadi, selepas tersedar pukul berapa pagi entah aku tertidur balik dan seterusnya sedar-sedar dah pukul 8. Ada janji temu hari ni. Aku, Cik P dan Encik HMI nak pergi memohon kerja sebagai petugas peperiksaan di sebuah kolej swasta.
Encik HMI akan datang ambil aku dari rumah jam 9 pagi, dalam pukul 8.50 pagi aku jenguk tingkap je kereta dia pun tiba kat lorong rumah aku. Wah awal gila.
Selepas dah selesai isi borang dan sebagainya kat kolej tu, Cik P dah pergi kerja. Aku minta Encik HMI hantar aku kat Carrefour je kerana aku hendak membayar bil P1. Dia kata dia nak pergi Wangsa Walk Mall maka selesai berdolak-dalik nak pergi Carrefour atau Wangsa Walk, aku pun ikut je lah Encik HMI ni, yang penting bil aku berbayar, kalau ada kaunter P1 kat sini pun bagus juga kan?
Honestly, that was the first time I ever step my foot inside Wangsa Walk. Tak percaya? Well, you'll have believe it. Walaupun dekat gila dengan Carrefour dan rumah sendiri tapi macam takde minat je nak pergi tempat tu. Memula masuk nampak so gloomy and depressed macam Maju Junction. Seriously gloomy, tapi mungkin sebab awal lagi baru pukul 10.15 camtu.
Panjang lah juga kami berborak, maklumlah, lama tak jumpa dengan kawan aku yang sorang ni. Dulu macam ala2 feeling-feeling sikit tapi budak-budak kan masa tu, sekarang biasa je. Seronok la juga, daripada sentiasa terperuk di dalam rumah umpama puteri. Seolahnya aku dah mencemar duli pula hari ni.
Kadang-kadang aku pun kurang pasti. Betul ke Mama yang terlalu protektif? Atau aku yang terlalu negatif?
Aku fobia, sungguh fobia dengan kejadian 4 tahun lalu. Seolah-olah aku tidak boleh dipercayai, terasa diri terlalu bodoh dan cetek. Padahal aku tak melampaui batas pun, aku masih waras dalam memikirkan batas-batas pergaulan. Tapi percaturan mental yang aku terima terlalu memukul, terlalu kuat dan terlalu perih untuk aku memperjudikan nasib sekali lagi. Sebab tu, jadilah aku macam hari ni. Tak keluar rumah, tak sesuka hati melepak dengan kawan. Orang ajak reunion whatever outing semua pun aku tolak dengan harapan mereka faham. Aku tak mahu melukakan diri sendiri dengan melukakan perasaan mak aku lagi.
Pada aku, diluluskan untuk menyertai sesuatu tak harus aku susuli dengan program yang seterusnya. Kerana diluluskan untuk 1 perkara tak bermakna semua perkara pun boleh diluluskan. Aku tak mahu dikatakan mahu mengambil kesempatan di atas sikap lenient mama. Maka bila habis 1 program, secara automatik aku tak akan meminta untuk pergi ke program seterusnya yang mungkin diadakan seminggu atau 2 minggu selepas habis program pertama.
Kadang-kadang darah muda aku meronta.Aku pun teringin untuk menyertai pelawaan rakan untuk bertemu, sembang makan bersama dan sebagainya. Tapi aku sendiri telah mencerut diriku dengan peristiwa lampau. Bila aku aktif sikit dan jarang balik rumah, bolehkah aku dapat senyuman sewaktu aku pulang? Bila aku tak dihadiahi sebuah senyuman yang mendamaikan setelah aku penat baru balik dari kursus seminar whatever yang pernah aku sertai, aku rasa perit sangat. Aku rasa sedih sangat. Kenapa tak dapat gembira bila aku pulang, memang aku pulang lambat sedikit tapi aku sudah di hadapan matamu. Senyumlah sayang, jangan merajuk pada aku yang berharap kamu gembira dengan kepulanganku...
Aku gembira, bila aku menyertai apa-apa yang menggembirakan, aku gembira. Aku rasa puas, seronok dan ada feeling of accomplishment. Tapi bila keluarga kurang gembira macam mana? Aku tak mahu jadi selfish yang hanya mahu gembira sendiri. Aku mahu semua orang pun gembira.
Jadi kalau ada perkara yang dapat menggembirakan semua orang, aku akan meniti jalan itu. Memang merupakan pilihan aku sendiri. Orang boleh suruh aku buat apa yang aku suka tapi jika perkara itu tidak dengan sepenuh hati dan menyedihkan orang lain, kenapa perlu aku teruskan?
Aku cuba rationalize kembali, memang aku tak salah pilih jalan. Kawan-kawan dengan mudah boleh label aku anak manja dan sebagainya, tak balik rumah tak sah. Memang betul, tak balik rumah tak sah, tapi bukan semata-mata untuk diri aku, aku bertanggungjawab ke atas kebahagiaan keluarga. Apalagi bila sudah melalui satu kehilangan, aku tidak mahu menyesal lagi buat kali yang seterusnya.
Jadi apa yang aku tak puas hati lagi sekarang? Semuanya pilihan aku sendiri kan? Tapi, aku cuma nak luahkan perasaan kat sini je. Setiap hari duduk dalam sangkar emas mendapat kasih sayang dan memberi kasih sayang tetapi masih tidak cukup bagi aku.
Memang manusia tak pernah puas kan?
No comments:
Post a Comment