Hari ini hari Sabtu, bertarikh seperti tajuk entri kali ni. Hari ni juga hari terakhir aku bekerja di Kolej Tunku Abdul Rahman sebagai "Examination Attendant". Mungkin ada yang nak panggil "toilet attendant" pun aku takde komen. Memang betul pun itu salah satu tugas utama kitorang. Yang penting duit RM40 sehari masuk akaun aku, hahhahh.
Aku sebenarnya mula bekerja pada haari Rabu minggu lalu, iaitu pada 17/08/11. Hari pertama tu rasa macam blur sangat. Padahal kerja simple aje. Edarkan buku jawapan, slip kedatangan dan sebagainya. Bila ada orang nak pergi toilet, escort sampai depan toilet. Macam tu je lah.
Bila masuk hari-hari berikutnya, rasa yakin semakin bertambah dan aku memang bersemangatlah dengan kerja ni dari mula sebelum start lagi sampai la hari terakhir. Fika tak datang 3 hari terakhir, ada la rasa sikit sunyi. Tapi overall bestlah, kalau ada job ni lagi, aku rasa macam nak apply lagilah. Seronok juga walaupun lecturer diorang sendiri pun kata gaji yang dibayar terlalu murah berbanding tempat lain. Tak kisah tu semua, janji ada dan dekat dengan rumah :)
Lagi satu yang kelakarnya ialah kerja aku ni memang marathon dari hari Rabu minggu lepas sampai hari Sabtu ni tak ada cuti langsung. Serius lawak. Aku ingatkan tarikh peperiksaan diorang memang gila macam tu tapi rupa-rupanya sebab nak pack sebelum cuti raya. Haha, boleh terima la macam tu.
Secara keseluruhannya, aku tak ada perkara nak kompelin. Kalau dah penat sangat asyik kena escort student pergi tandas, aku sampai tergelak sorang-sorang macam orang gila. Yeah, kalau kita tetap senyum walaupun dilanda kesusahan, sekurang-kurangnya beban emosi dan keletihan fizikal tak begitu terasa. Laugh at little problems and move on :)
No comments:
Post a Comment