Monday, 25 July 2011

Luahan Perasaan #1: Bukan Perempuan Sempurna

Kalau awak nak cari perempuan sempurna, janganlah cari saya. Saya tak sempurna. Kalau awak menerima bahawa saya ada kelemahan, barulah boleh dikira awak memang cintakan saya, kerana saya tidak dilahirkan menjadi malaikat atau bidadari syurga, saya cuma seorang manusia yang penuh dengan kekurangan. Saya bukan seorang wali, kesabaran saya masih terlalu tipis. Tetapi tidak setipis sehingga menjadikan kesemua perkara sebagai isu. Saya tak paksa awak pun, saya tahu bukan senang orang nak terima bila nampak kelemahan saya tu. Kalau saya tutup2 pun, tapi sebenarnya sedang memaki hamun, luar sahaja nampak ayu, jujurkah saya? Awak sahajakah yang boleh merasai marah, sedih, gembira dan saya tak boleh? 


Terimalah...saya seorang manusia seperti awak. Kalau rasa macam tak boleh terima, saya tak paksa awak tapi jangan sampai terputus kawan. Saya pun tak pernah harap atau terfikir sesiapa yang saya jumpa orang yang sempurna maka saya harap awak juga begitu. Kalau awak cukup matang, awak boleh mengerti luahan saya ni. Kalau awak nak rasa teruk sangat pun, awak bukan suami saya, saya tak menderhaka pada awak, bukan? Carilah si sempurna idaman awak tu, janganlah sakitkan hati saya bila tak memenuhi ciri-ciri gadis idaman awak. Sekurang-kurangnya saya tak tipu awak.


Saya seorang muda, tidak sematang Ibnu Sina yang bisa menyiapkan sebuah ensiklopedia dalam usia 17 tahun. Ilmu di dada tidak sehebat Ibnu Khaldun dan Muqaddimah karangannya. Tapi saya sudah dewasa, dan sedang meniti jalan-jalan yang adakalanya lurus dan adakalanya berliku dan mendatangkan kecelakaan dan kekeliruan. Terimalah saya sebagai seorang manusia, tapi janganlah berharap saya menjadi seorang yang tidak punyai naluri kemanusiaan. 


Ingat, saya tak berkahwin dengan awak, bukan hati awak yang perlu saya jaga dan syurga saya tidak di telapak kaki awak. Kalau saya sudah berkahwin dengan awak, lainlah. Pastilah saya tak akan tergamak menyusahkan hati dan perasaan awak, pastilah saya akan cuba menjadi isteri yang paling menyenangkan dan menenangkan hati awak, pastilah saya sentiasa tersenyum untuk awak, pastilah saya tidak tergamak menderhaka pada awak, kerana pada waktu itu syurga saya sudah berada di telapak kaki awak. 


Sementara saya masih bujang, masih tidak ada sebarang ikatan hidup dengan seorang lelaki, biarlah saya menjiwai segala kemanisan dan kepahitan, ranjau, duri dan mungkin perasaan-perasaan kurang baik di mata semua orang. Sebab bila saya berkahwin, saya tahu saya harus menjadi seorang yang sabar, seorang yang menyenangkan hati suami, seorang yang begitu sempurna saya kira. Saya tidak boleh lagi mencarut, saya tidak boleh lagi memaki, kerana saya tidak mahukan seorang anak yang buruk akhlaknya, kotor bahasanya and jelik lakunya. Dan kerana saya juga tidak mahu meresahkan hati awak kerana mempunyai seorang isteri yang jelik.


Tapi, memandangkan awak tak dapat menerima saya, saya pun tidak mahukan awak. Semoga awak bertemu dengan kesempurnaan itu. Mungkin ada lelaki lain yang juga tidak sempurna dapat menerima diri saya. Hajat saya cuma ingin mendapatkan jodoh yang dapat memperbaiki diri bersama-sama saya, bukan seorang lelaki sempurna yang akan memandang rendah dan memperkecil-kecilkan saya kerana kekurangan saya. 

No comments:

Post a Comment