Tuesday, 13 April 2021

Ramadhan satu

I just finished my Kanji class wee~
Rasa seronok pula hidup macam ni weh. Kalaulah hidup ni belajar je dan duit kepok2 masuk, kan best XD
Anyway~ sempena bulan Ramadhan ni tetibe teringat dan insaf kejap.
Belajar Jepun bukan main tekun, kalau mengaji tajwid ntah kelaut bagai. Taktau makhraj betul ke tidak.
Rasanya kena ambil lah weh kelas mengaji. Sebab jujur aku cakap mengaji aku ni memang tahap budak2 je. Entah2 aku lagi pandai Kanji daripada Al-Qur'an, astaghfirullahal'azim...
Kalau belajar bahasa Arab pun best juga kot kan?
Better masuk kelas Iqra'?
Eh best gila kalau camtu! 
Tak ku sangka menimba ilmu ni seronok, kalau tahu dari sekolah dulu dah rajin.
Ni time kat sekolah pemalas tak boleh bincang. Dah tua ni baru terhegeh-hegeh nak belajar macam-macam kan.
Tapi kan, ilmu tu sebenarnye luas sangat. Kalau kau online sentiasa pun tapi online kau tu cari info, cari ilmu, tengok video bermanfaat, dengar Spotify surah-surah, boleh je kumpul pahala tau.
Nak dengan taknak je. Use your gadget wisely :)

No comments:

Post a Comment