Listening to: Sealed with a Kiss by Brian Hyland
Bila tengok satu demi satu rakan melangkah pergi, rasa rawan pula hatiku ini. Rasa macam "selamat jalan awak, awak dah mengambil setapak langkah ke hadapan dalam menentukan masa depan awak"
Aku masih tercari-cari. Ini bukan benda yang aku suka tapi ini sekarang adalah sumber rezeki aku yang dijodohkan Allah untukku. Sebenarnya masa aku mula2 dapat kerja kat sini, hati aku tenang sangat dan lega sangat. Mungkin sebab dah selalu dalam doa aku selitkan permohonan agar aku mendapat kerja yang baik untukku.
Iyalah, itulah yang jadi selepas aku serik dengan kerja yang aku sungguh2 nak. TV Alhijrah. What a waste. Itu permohonan aku dengan penuh demand pada Allah, nak sangat kerja kat Alhijrah. Pastu, nah hamik kau. Allah makbulkan doa aku, tapi ianya penuh dengan ujian2 getir. Last2 tahan 5 bulan je sebelum aku melangkah pergi dengan happy.
Masa tu baru aku sedar dunia TV bukan untuk aku.
Cuma, dalam diri aku masih ada sisa2 idea untuk video dan drama.
Dan aku dapati aku banyak melepaskan cinta aku pergi. Aku minat Kimia tapi aku tarik diri dari kelas Sains Tulen masa form 4. Aku minat architecture tapi aku tak pergi pun mendaftar setelah aku lulus interview tahun 2007. Aku minat bahasa Jepun tapi aku pergi daftar Bahasa Mandarin untuk subjek Third Language di Universiti.
Oh apakah kebodohan ni?
Cuma, kalau bukan sebab semua yg aku pilih sebelum ni, aku takkan jadi aku yg hari ni kan?
Only that thought yg aku guna untuk pujuk hati dan untuk aku cari garisan warna perak pada setiap awan di kaki langit kehidupanku.
No comments:
Post a Comment