Thursday, 13 August 2015

13 Ogos 2015

Listening to: Fragments of Memories (FF8 Soundtrack)

13 Ogos sudah. Tahun lepas pada tarikh ni aku menamatkan percutian di Brunei Darussalam. 2 tahun lepas pada tarikh ni, aku mungkin tengah nervous campur excited sebab bakal jadi staf Malaysia Airlines dalam masa lagi 2 hari.

Which means, lagi 2 hari ialah ulangtahun ke-2 aku bekerja di syarikat penerbangan Malaysia ni. Masa tu tak pernah terfikir pun lepas 2 tahun 16 hari, Malaysia Airlines akan bertukar tangan. Total revamp. Entahlah. Hidup memang tak dijangka, what do I expect?

Tak ada benda yang kekal. Kehidupan kita pun tak kekal statik, ada sahaja perubahan, naik turun, suka luka duka nestapa lara sengsara derita. Bila kita happy, ingatlah jangan terlampau happy, tapi tak salah untuk berdoa dan berharap untuk ke-happy-an tu selalu ada dengan kita.

Bila kita sedih, ingatlah, kesedihan tu kan sementara. Kalau pun hidup kita sentiasa dirundung kesedihan, semuanya tu ada pengakhirnya. Kematian.

Eh serious sangat pulak. Well, apa salahnya kan. Kita mesti mengingati mati, supaya kita akan strive to do all the good that we can. Ok aku tahu English aku broken. Lama nian tinggalkan proper English.

Orang kata, apa-apa yang kita rasa, jangan hold back. Aku macam nak bersetuju sampailah aku jumpa balik pendapat yang aku dah lama tulis. Ni aku rasa aku tulis masa lepas aku tengok gambar with words yang orang selalu suka share kat FB etc:

"I beg to differ a bit though. Always DON'T tell someone how you feel UNLESS you are REALLY sure because opportunities that are lost just means THAT something isn't meant for you. No regret can be obtained from words not said (except if it is some good advice and nice encouraging words). True feelings are reciprocal. You will know it by heart. Don't always tell though, because feelings are priceless. If it is being said too much, it's like dirt cheap sale and you'll end up saying it to all the hundreds of crushes that you have.

p/s: Always tell your parents that you loved them and be with them as much as you can. Because opportunities can lost in the blink of an eye and you will be left in regret for the rest of your life. This is a sure thing."

Emo kan. Well, nak buat macam mana. Thanks to someone yang dah buat aku lengai macam ni. Yang dah jadikan aku macam aku hari ni. Euthymic to the max.

But that's not the most important thing though. What's important is keeping ourselves on the right track, and try our best to be consistent. So regardless of how bad or sour benda yang orang kritik pada kita, kalau kita take it personal dan kutuk-kutuk orang tu balik, apa pun tak boleh. Instead, ambil content yang dia kritik kita tu, inshaa Allah, dapatlah kita improve mana yang tak elok pada diri kita yang orang lain nampak tu. Apa pun yang terjadi, semuanya adalah perkara yang mengajar kita; yang mengajar aku untuk jadi orang yang lebih baik (hopefully).

Maka, berterima kasihlah atas semua perkara buruk yang terjadi tapi membuatkan engkau berfikir dan menjadikan engkau lebih baik pada masa akan datang. Sebab pengajaran tu datang dalam pelbagai bentuk, bukan dari kapur dan papan hitam sahaja (atau pen marker dan papan putih).


Ja, mata.

No comments:

Post a Comment