Showing posts with label senyum. Show all posts
Showing posts with label senyum. Show all posts

Friday, 17 February 2012

[NUKILAN] Senyuman

Bunga-bungaan di tepi jalanan
Tidak terbanding sebuah senyuman
Ukiran mesra menghiasi pandangan
Ah manisnya, hatimu berkocakan

Dapatkah senyum itu membawa kamu
Kepada ketenangan menghilang pilu
Kerana seandainya begitu
Kan ku senyum selalu ke akhir hayatmu

Bunga-bungaan dipetik kan layu
Tidakkan lama menghilang sendu
Tetapi jika sekali ku lihat senyumanmu
Ia kan mekar ke akhir hayatku.

Aanya, 17 Feb 2012