Monday, 17 June 2013

8 Syaaban

8 Syaaban 1434 Hijrah tu hari ni, 17 Jun 2013.
8 Syaaban 1425 Hijrah tu hari Khamis, 23 September 2004.

Kenapa aku ingat sangat tarikh ni?
Sebab genap 9 tahun Hijrah yang lalu, seorang insan kesayangan aku 'dijemput pulang'.
Pukul 11 lebih malam, baru aku sedar aku dah tak akan bertemu dengan dia lagi di dunia ni.
Aku dah tak dapat salam dan cium tangan dia lagi sebelum pergi sekolah.
Aku malahan tak sempat nak peluk cium dia sebelum PMR yang bakal menjelang 4 Oktober 2004 masa tu.
Sebab aku betul-betul bodoh, kononnya nak menunggu masa dah dekat baru nak salam peluk cium minta maaf bagai.
Padahal masa takkan pernah tunggu kita. Izrail takkan melewatkan tugasannya walau sesaat.
Macam-macam benda yang aku tundakan masa tu. Pernah sekali dia nak belikan aiskrim dan makan sama-sama pun aku tundakan, kononnya nak buat tu semua selepas PMR, baru lega, baru gembira.
Pernah aku nak buat kek sebab tahu dia suka makan kek aku yang tak seberapa (maklum saja budak baru belajar), pun ditundakan sebab malas.
Aku selalu marah-marah dia bila dia nak beli rokok, tapi dia tak marah aku balik pun. Cuma sekali dia macam kecil hati sikit bila aku tuduh-tuduh dia nak beli rokok masa dia ajak aku pergi 7 Eleven. Aku menyesal lepas tu, tapi dia cepat memaafkan.
Aku ingat lagi masa aku kena denda jalan balik sekolah kaki ayam, sebab tak siap kerja seni. Budak lain merayu-rayu nak dapatkan kasut balik, aku dengan kepala batunya jalan balik buat tak hairan apa-apa. Bila dia tengok aku berkaki ayam, terus dia bagi selipar dia, dia pula berkaki ayam atas jalan tar yang panas ya amat tu.

Ya Allah, rindu betul aku kat dia. Kadang-kadang aku takut aku tak berlaku adil kepada dia yang telah pergi, aku takut nak melalui perkara sama sekali lagi. Allah adalah sebaik-baik penjaga, aku harap aku akan bertemunya semula. Tak sabar nak peluk dia lagi dan dengar suara dia. Ramadhan dah dekat, mesti dia gembira. Sebab dulu pun dia suka sangat bulan Ramadhan.

Baba, Nana rindu sangat kat Baba, masa Baba baru pergi dulu, Nana selalu panggil Baba kalau-kalau Baba akan jawab tapi mestilah tak. Kita dah tak ada dalam dunia yang sama tapi Nana takkan lupakan Baba. Terima kasih sebab bersama Nana hampir 14 tahun, layankan kerenah Nana yang macam-macam.

Alhamdulillah Ya Allah, kerana meminjamkan dia kepadaku, kerana mengurniakan dia kepadaku. Moga-moga umur ibuku pula panjang melebihi umurku, dan moga-moga dia sihat sejahtera dalam masa tuanya. Rasanya tak kuat aku nak menghadapi situasi seperti itu sekali lagi.

*demam2 nak jugak post entri ni. 8 Syaaban punya pasal ^^,*

Alfatihah
Shamsudin bin Mohd Ismail
16 Mac 1951 - 23 September 2004

No comments:

Post a Comment