Tak salah kalau kita senyum, kan? Senyum itu kan sedekah. Dengan senyuman, kita membuat orang lain tersenyum. Kita membuat orang lain turut bersedekah. Kita menguatkan ukhwah. Betul tak?
Adakah kita orang yang tidak malu jika kita tersenyum dahulu? Salahkah jika kita memberi salam? Kenapa perempuan akan dituduh gatal dan macam-macam lagi kalau mereka membuat perkara sebegitu. Bukankah salah satu tanda dunia bakal berakhir apabila kita berhenti memberikan salam?
Senyum...adakah untuk orang dikenali sahaja? Senyum...adakah tujuannya untuk memikat sahaja?
Sempitnya perspektif anak Adam jika hanya itu yang difikirkan.
No comments:
Post a Comment