Manusia ni hebat, benda yg tak diberitahu kepadanya pun dia dapat mentelah, dan kadang-kadang telahannya tepat sekali. Mungkin kerana manusia dikurniakan akal yang sensitif, dan juga mempunyai sisi yg baik dan juga sisi gelapnya. Bukan macam malaikat, hanya baik sahaja. Malaikat cuma mengetahui apa yang diajarkan Allah s.w.t. kepadanya, dan dia cuma mengetahui perbuatan luaran manusia. Tidak tahu suara hati manusia.
Tapi manusia selalu tidak ingin sakit, tidak ingin dilukai. Manusia juga ada sifat ingin tahu dan cemburu yang membuak dalam dadanya yang kadangkala mendorong dia untuk cuba mentafsir hati manusia lain. Tetapi pada masa yang sama dia mahukan kejujuran yang kadang pasti melukai hatinya. Luka di hati itu parahnya memakan jiwa. Cuma keparahan itu amat terasa bila apa yang dipercayainya itu rupanya saduran penipuan. Alasan? Tidak mahu melukakan hati, oleh itu menipu, dan menyembunyi...
Kalau kamu tidak jujur, tetapi dia mengetahui, tak mengapa untuknya, kerana dia akan hanya melihat sampai bila kamu ingin menipu dia. Tetapi fikirlah apabila kamu tidak jujur, dan dia lurus bendul terus-terusan mempercayai kamu, kamu sungguh telah menganiayai hatinya. Tetapi kamu tak akan pernah tahu kan? Apakah dia mengetahui ataupun tidak? Apakah dia benar mempercayai atau sekadar ingin menguji?
Maka, janganlah menipu.
No comments:
Post a Comment