TT__TT
Penatnya. Penatnyapenatnyapenatnyapenatnya~
Perghhh.
Haih.
LOL.
Ok ok, get it together. Hari ni aku sangat-sangat penat. Aktiviti mencari jalan menggunakan public transport. Ke tempat praktikal aku tulah, di Es Es TujuhBelas Subang Jaya.
Asyik salah naik kenderaan. Memula naik LRT sampai Bangsar, bas yang dikehendaki tak ada. Ke pasar seni, jumpa bas U67, ke Subang Parade. Mati2 aku ingat aku salah tafsir pasal bas U76. So aku dan mama terus naik U67 tu. Dah tanya "pakcik, bas ni gi SSTujuhBelas tak?"
Pakcik buat muka tok pehe (tak paham) dan cakap "Subang Mewah"
Aku: "Pergi Subang Parade kan? Last stop katne?"
Pakcik: TujuhBelas
Bila dah naik tu rasa lega gila. Barulah rasa yang aku salah tafsir rupanya U67 instead of U76.
Dia lalu Carrefour Subang Jaya dan Subang Parade. Pastu terus masuk SSLimaBelas.
Aku dan mama masih yakin yang dia akan keluar ke destinasi yang dikehendaki.
Sekali dia sudah jalan sampai USJ, terus ke Subang Mewah, last stop dia.
ADOI
Siap pakcik boleh kata lagi
"Yang pegi tujuhbelas tu U76. Kenapa tak turun kat Carrefour tadi???"
TT__TT
Aku dan mama takde pilihan turun la kat tempat yang asing tu. Setelah selesai singgah solat Zohor, mama teringin nak duduk minum, penat katanya.
Kami lintas jalan dan minum di kedai makan nama Subang Avenue apa ntah.
Tapi ni bukan Subang Avenue yang nampak dari Federal Highway tu, ni restoran mamak, hehe.
Seriously tak tahu nak order apa. Mama order barli panas dan rojak. Aku memang blur gila, tak tahu nak minum apa pun. Last2 terus order "Kopi o' panas satu".
*GASP*
Mungkin kesan kopi 'o panas pada hari yang panas, aku sudah sakit kepala sungguh ni.
Sambung siktt, kami tunggu bas T523 yang lalu balik Subang Parade tu semua. DAN DIA MASIH TAK LALU SSTUJUHBELAS >_<
Akhirnya kami turun di sebelah Carrefour, masuk beli bahulu dan kaya ball sikit, dan terus pulang dengan menaiki Komuter ke KL Sentral~
-TheEnd-
No comments:
Post a Comment